Panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41

Panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41. Disini terdapat satu panduan peperiksaan bagi jawatan Pegawai Arkib S41 kepada calon yang ingin memohon jawatan ini. Seperti sedia maklum bagi memohon jawatan ini, setiap calon perlulah menduduki peperiksaan Pegawai Arkib S41 dan lulus dengan cemerlang sebelum dipanggil untuk temuduga.

Panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41

Sedikit informasi mengenai jawatan Pegawai Arkid S41 adalah seperti berikut :

Info jawatan Pegawai Arkib S41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab : Jabatan Arkib Negara
Gaji Minimum : RM 1,909.00
Gaji Maksimum : RM 8,644.00
Kadar kenaikan : RM 225.00

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan

  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengeluarkan jadual peperiksaan bertulis bagi jawatan Pegawai Arkib S41 yang akan diadakan pada 1 April 2014 di setiap pusat pemeriksaan negeri masing-masing jika tiada perubahan tarikh. Sudah menjadi lumrah apabila hampir menjelangnya peperiksaan, permintaan ataupun carian calon terhadap panduan peperiksaan pasti meningkat.  


Secara amnya, format peperiksaan bagi jawatan Pegawai Arkib S41adalah sama dengan jawatan yang setaraf dengannya. Calon perlulah lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

Format peperiksaan Pegawai Arkib S41

Format bagi calon peperiksaan Pegawai Arkib S41 ini terbahagi kepada 4 seksyen iaitu :  

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Soalan : 50
Masa : 40 minit

Seksyen A bertujuan untuk menguji pengetahuan calon berkenaan senario sosio- demografi dan ekonomi Malaysia dan global. Calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara berkaitan dengan statistik, ekonomi, sosial, kewangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan isu-isusemasa. Soalan-soalan adalah bercirikan pengetahuan am yang perlu diketahui oleh calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon perlu peka kepada perkembangan semasa melalui media masa dan bahan bacaan yang lain.

Contoh soalan :

1. Manakah antara berikut merupakan butiran aset dalam Kunci Kira-kira?
I Tunai
II Kenderaan
III Penghutang
IV Modal Kerja

A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV  

Jawapan : C  

SEKSYEN B – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan : 40 Masa : 45 minit Dalam seksyen B, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan :  

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.  

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.  

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).  

Contoh soalan :

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62  

Jawapan : A  

Teknik menjawab :

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah :

8 x 7 / 2 = 28
 

SEKSYEN C – LAPORAN BAHASA MELAYU

Soalan : 1
Masa : 1 jam 20 minit
Panjang Esei : Bebas

Seksyen C bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai penulisan dalam Bahasa Melayu. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.  

SEKSYEN D – LAPORAN BAHASA INGGERIS

Soalan : 3 jawab 1
Masa : 1 jam
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Seksyen ini bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai penulisan dalam Bahasa Inggeris. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Arkib S41 adalah lebih baik.Semoga berjaya

Bagaimana mendapatkan panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41

Pada masa kini penjualan panduan dan contoh soalan terkini belum lagi dibuka oleh pihak kami. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak. Kami mencadangkan anda mendaftar email anda menerusi link bawah. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan tersebut terus ke email anda. Jadi anda tidak akan terlepas lagi.

[Daftar Disini Untuk Dapatkan Panduan Peperiksaan Pegawai Arkib S41]

Jualan panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41 telah dibuka dari 25 Mac 2014 hingga 30 Mac 2014. Jangan ketinggalan dapatkan panduan ini sebelum jualannya ditutup. Sila klik banner dibawah untuk memilikinya. Semoga berjaya.

Sila like fanpage kami untuk update terkini;

[+] Like Fanpage – Panduan Peperiksaan Kerajaan

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

6 Comments

  1. persaingan memang mesti ramai punya.. yang nak dipakai tak ramai jer… memang kena tapis.. lepas exam, interview, temuduga lagi… adooiii

  2. Nampaknya…mungkin calon peg arkib tak ramai tahun ni…apapun, selamat berjaya pada yg menghadiri ujian ni nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *