Contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27

Contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27. Disini ada satu perkongsian ringkas bagi calon-calon yang ingin memohon jawatan Penolong Akauntan W27 iaitu contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27. Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

Calon-calon yang menduduki peperiksaan datang dari pelbagai latarbelakang. Oleh itu soalan-soalan yang dikemukakan akan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan Gred W27.
Contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27

Memandangkan ramai di antara graduan yang masih gagal untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam kerana gagal dalam peperiksaan online SPA, jadi aku ingin berkongsi satu panduan sebagai persediaan untuk calon yang ingin menduduki peperiksaan online SPA ini. Dengan adanya panduan ini, calon akan lebih yakin dengan jenis soalan yang bakal dikemukakan berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang terdahulu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan online bagi jawatan Penolong Akauntan W27 yang dijangka akan diadakan pada 21 Oktober 2015 jam 10.00 Am hingga jam 12.25 PM jika tiada sebarang perubahan tarikh yang dibuat. Sudah menjadi lumrah apabila hampir menjelangnya peperiksaan, permintaan ataupun carian calon terhadap panduan peperiksaan online pasti meningkat.

[+] Klik Disini – Semak Nama Anda

[Daftar Disini Untuk Melanggan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan Gred W27]

Sehubungan dengan itu pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengambil inisiatif membuat satu panduan peperiksaan Penolong Akauntan W27 untuk membantu calon agar dapat menjawab soalan peperiksaan bertulis dengan mudah berdasarkan contoh soalan yang diperolehi daripada peperiksaan dan pengalaman calon yang terdahulu. Format peperiksaan sekarang, calon perlu lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

Contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27

Secara amnya, peperiksaan bertulis Penolong Akauntan W27 ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu :  
Seksyen A – Pengetahuan Am

Soalan : 50
Masa : 40 minit

Seksyen A adalah untuk menguji pengetahuan am menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dalam negara dan perkembangan semasa. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut.  

Contoh soalan :

1. Manakah antara berikut merupakan butiran aset dalam Kunci Kira-kira?

I Tunai
II Kenderaan
III Penghutang
IV Modal Kerja

A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV  

Jawapan : C  

2.  Manakah dokumen yang menjadi sumber Buku Tunai?

A Invois
B Nota Debit
C Pesanan Belian
D Baucar Bayaran

Jawapan: D

Seksyen B – Daya Penyelesaian Masalah

Soalan : 40
Masa : 45 minit

Soalan yang dikemukakan di Seksyen B pula adalah bertujuan untuk menguji pemahaman pemikiran calon secara logical, matematikal dan minda kreatif serta cara menginterpretasikan data. Soalan yang diberikan lebih berbentuk kepada data dan perangkaan. Jadi pengetahuan penggunaan graf dan carta merupakan satu kelebihan.  

Contoh soalan :

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62  

Jawapan : A  

Teknik menjawab :

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah :

8 x 7 / 2 = 28
panduan peperiksaan penolong akauntan w27

Demikianlah antara contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27 yang dapat dikongsikan buat calon diluar sana. Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik semasa peperiksaan ini. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga jawatan ini.

Bagaimana mendapatkan contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27

Pada masa kini penjualan panduan dan contoh soalan terkini belum lagi dibuka oleh pihak kami. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak. Kami mencadangkan anda mendaftar email anda untuk melanggan menerusi link di bawah ini. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan tersebut terus ke email anda.

[Daftar Disini Untuk Melanggan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan Gred W27]

Sila like fanpage kami untuk update terkini;

[+] Like Fanpage – Panduan Peperiksaan Kerajaan

Jualan rujukan peperiksaan online Penolong Akauntan W27 telah dibuka!

YA, jualan rujukan peperiksaan online Penolong Akauntan W27 telah pun dibuka tetapi untuk masa yang terhad bagi menjamin kualitinya. Cepat buat pembelian anda sekarang! Klik banner untuk memilikinya.

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *