Panduan menjahit baju kurung Moden, Riau, Pahang dan baju Melayu

 Panduan menjahit baju kurung Moden, Riau, Pahang dan baju Melayu

Panduan menjahit baju kurung Moden, Riau, Pahang dan baju Melayu. Kepada mereka yang sedang atau ingin belajar cara menjahit baju kurung Moden, Riau, Pahang dan baju Melayu disini ada panduan berbentuk ‘Ebook’ yang boleh anda ikuti. Secara umumnya terdapat 4 jenis Panduan utama yang disediakan di dalam ebook ini iaitu :

1- Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional

Kepada anda yang ingin belajar menjahit tetapi tidak pasti bagaimana ingin memulakan minat tersebut, inilah panduan yang bertepatan dengan anda. Mari mulakan dengan belajar menjahit baju kurung. Panduan ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju.

2- Panduan Menjahit Baju Kurung Moden

Kandungannya adalah cara menjahit baju kurung moden berserta kain kipas belakang. Kepada anda yang ingin belajar menjahit blouse dan jubah, ini adalah ebook yang amat bertepatan dengan anda. Ini kerana, teknik yang ditunjukkan terutamanya teknik menjahit dan menyambung badan dan lengan dapat digunakan untuk menjahit pelbagai jenis baju. Panduan ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung moden dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju seperti blouse dan jubah.

3- Panduan Menjahit Baju Kurung Riau dan Pahang

Panduan ini menunjukkan cara menjahit kedua-dua jenis baju kurung iaitu baju kurung riau dan baju kurung Pahang. Ramai yang sering terkeliru dengan nama dua jenis baju kurung ini iaitu baju kurung riau dan baju kurung pahang. Baju kurung riau juga biasa dikenali sebagai baju kurung pesak gantung. Perbezaan utama pada kedua-dua baju ini adalah pada bahagian pesaknya. Cara jahitan leher yang ditunjukkan di dalam panduan ini adalah sama dengan cara menjahit leher baju kurung tradisional. Cara menjahit kain lipat batik yang juga dikenali sebagai kain selisih depan juga ditunjukkan.

4- Panduan Menjahit Baju Melayu dan Seluar

Panduan ini menunjukkan cara menjahit baju Melayu bagi lelaki terutamanya menjahit baju Melayu jenis Teluk Belanga atau Johor. Cara-cara menjahit seluar juga ditunjukkan di dalam panduan ini. Ianya amat mudah dengan adanya panduan ini.

Dapatkan panduan menjahit baju kurung Moden, Riau, Pahang dan baju Melayu sekarang!

Demikianlah secara ringkas segala penerangan yang terdapat dalam panduan menjahit baju kurung Moden, Riau, Pahang dan baju Melayu ini. Sekira anda berminat ingin mendapat maklumat lanjut mengenai panduan ini silalah klik link atau banner dibawah ini. Cadangan terbaik adalah agar anda membeli kesemua panduan menjahit baju kurung dan baju melayu ini bagi memudahkan anda pada masa hadapan. Sekian terima kasih.

[+] LINK – PANDUAN MENJAHIT BAJU KURUNG DAN BAJU MELAYU

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

10 Comments

    • Rasanya ebook panduan menjahit baju kurung moden boleh digunakan sebagai asas menjahit kebaya.. klik je banner diatas utk info lanjut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *