Cara mudah menjahit baju Melayu dan seluar

Cara mudah menjahit baju Melayu dan seluar. Bulan Ramadhan sudah pun tiba. Syawal bakal menjelma tak berapa lama lagi. Adakah baju Melayu anda telah siap dijahit. Atau anda ingin mengeluarkan modal besar dengan hanya membeli baju Melayu yang sudah siap dijahit. Kini tak perlu risau lagi. Disini ada dikongsikan cara mudah menjahit baju Melayu dan seluar yang disediakan oleh tukang jahit berpengalaman iaitu Puan Salmawati Shamsudin.

Apakah cara mudah menjahit baju Melayu dan seluar

Cara mudah menjahit baju Melayu dan seluar ini sebenarnya ditulis dalam bentuk ‘Ebook’ yang dinamakan Panduan Menjahit Baju Melayu Lelaki dan Seluar – Panduan Langkah Demi Langkah. Ebook ini dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Panduan ini akan menunjukkan cara menjahit baju Melayu lelaki berserta seluar dari mula hinggalah ke kemasan terakhir.

Apakah kandungan panduan menjahit baju Melayu dan seluar

Kandungan yang terdapat di dalam panduan menjahit baju Melayu dan seluar ini adalah seperti berikut :-

Modul 1: Pengenalan

Bagi memastikan proses menyiapkan sepasang baju Melayu berjalan dengan lancar, anda akan didedahkan dengan asas baju Melayu. Penerangannya disertakan dalam setiap modul yang berkaitan. Pentingkah untuk mengetahui asasnya? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang Baju Melayu lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas baju Melayu, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai. Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit baju Melayu apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.

Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran

Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju Melayu untuk menentukan ukuran-ukuran penting ysng diperlukan termasuk ukuran pesak, kekek dan lain-lain lagi. Apabila ingin memastikan baju yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul.

Modul 3: Teknik Melukis Pola

Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju Melayu. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit baju Melayu ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola yang betul dari mula hingga akhir. Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian baju Melayu.

Modul 4: Teknik Memotong dan Menjahit Kain

Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Bagaimanakah cara menjahit bahagian baju yang sudah dipotong? Bagaimana mencantum pesak dengan kekek baju Melayu? Bagaimana mencantum lengan baju Melayu? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? Pesak, kekek, lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain? Ketahuinya di sini.

Modul 5: Teknik Menjahit Poket Baju

Bahagian ini akan menunjukkan cara menyiapkan poket baju Melayu. Anda akan mempelajari cara menentukan ukuran poket baju melayu. Pelajari juga cara untuk memastikan poket yang dijahit pada baju Melayu kemas dan cantik. Ada beberapa tips yang dapat memastikan poket yang dijahit pada baju kemas dan cantik. Pelajarinya semua disini.

Modul 6: Teknik Menjahit Leher Baju

Menjahit leher baju Melayu akan menjadi susah jika anda tidak mengetahui cara yang betul. Pelajari cara betul untuk membuat tetulang leher baju Melayu. Bagaimana untuk menentukan ukuran leher baju Melayu? Bagaimana untuk menghasilkan tetulang leher baju? Apa peralatan yang diperlukan? Bagaimana untuk melekatkan tetulang baju? Pelajarinya di sini.

Modul 7: Teknik Menjahit Seluar

Pelajari juga cara menyiapkan seluar baju Melayu. Anda akan ditunjukkan satu persatu cara untuk melukis pola seluar, cara memotong dan juga cara betul untuk mencantum kepingan kain yang telah dipotong.

Modul 8: Teknik Menjahit Zip Seluar

Cara menjahit zip pada seluar adalah berbeza dengan zip yang dijahit pada kain. Susah untuk menjahit bahagian ini jika anda tidak mengetahui caranya. Jika caranya diketahui, ianya akan menjadi mudah. Ketahui teknik yang betul untuk menghasilkan zip seluar. Ketahui ukuran yang betul dan cara menjahitnya pada seluar.

Modul 9: Teknik Menjahit Pinggang Seluar

Bagaimana ingin memastikan bahagian pinggang seluar baju Melayu yang dijahit menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya. Anda akan diajar dua cara menjahit pinggang seluar iaitu dengan menggunakan pengeras sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.

Modul 10:  Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir

Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan, bawah baju dan seluar baju Melayu. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini. Anda sudah berjaya menyiapkan sepasang baju melayu yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.

Dapatkan cara mudah menjahit baju Melayu dan seluar sekarang!

Adakah anda sudah teruja ingin mengetahui lebih lanjut cara mudah menjahit baju Melayu dan seluar ini. Jika berminat anda boleh dapatkan panduan itu dengan download link dan banner di bawah ini. Selepas anda mahir menjahit baju Melayu dan seluar ini, maka anda dapat berjimat malah dapat menambah pendapatan tambahan jika menerima tempahan menjahit. Jadi jangan tunggu lagi cepat dapatkan cara mudah menjahit baju Melayu dan seluar ini sekarang!

[+] KLIK DISINI – PANDUAN MENJAHIT BAJU MELAYU DAN SELUAR

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

P/s – Juga tersedia panduan menjahit pelbagai jenis baju kurung dan jubah!

Share Button

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di [email protected] atau di menu Hubungi Saya.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *