Panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Disini terdapat satu panduan terkini peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 kepada calon yang ingin memohon jawatan ini. Seperti sedia maklum bagi memohon jawatan ini, setiap calon perlulah menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 secara online dan lulus dengan cemerlang sebelum dipanggil untuk temuduga.
Panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Sedikit info mengenai jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah seperti berikut :

Info jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab : Jabatan Perkhidmatan Awam
Gaji Minimum : RM 2,253.00
Gaji Maksimum : RM 8,731.00
Kadar kenaikan : RM 225.00

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Kenapa ramai calon gagal peperiksaan ini?

Seperti mana yang diketahui, statistik calon yang gagal setiap tahun adalah sangat tinggi kerana tiada persediaan awal seperti ini. Mungkin ada di antara calon yang memandang remeh tentang persediaan awal kerana menganggapnya seperti mengambil peperiksaan di zaman persekolahan tetapi percayalah, dengan adanya panduan peperiksaan inilah yang akan membantu anda ketika menjawab soalan nanti.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengeluarkan jadual peperiksaan bertulis bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 di setiap pusat pemeriksaan negeri masing-masing jika tiada perubahan tarikh dibuat. Sudah menjadi lumrah apabila hampir menjelangnya peperiksaan, permintaan ataupun carian calon terhadap panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pastinya meningkat.

Secara amnya, format peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah hampir sama dengan jawatan lain yang setaraf dengannya. Calon perlulah lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

[Daftar Disini Untuk Melanggan Panduan Terkini Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41]

Format peperiksaan terkini Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Format peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini terbahagi kepada 4 seksyen iaitu :  

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Soalan : 50
Masa : 45 minit

Seksyen A bertujuan untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut.  

Contoh soalan :

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.  

Jawapan : B  

SEKSYEN B – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan : 40
Masa : 45 minit

Dalam seksyen B, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.  

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.  

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).Antara contoh soalan adalah seperti berikut :  

Contoh soalan :

Panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

3. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A RM100
B RM150
C RM200
D RM250  

Jawapan : B  

Teknik Menjawab :

20% – RM100
100% – 100/20 x RM100 = RM500
50% kenaikan gaji = RM750
Bil utiliti = 20% x RM750 = RM150  

SEKSYEN C – LAPORAN BAHASA MELAYU

Soalan : 3 soalan pilih 1
Masa : 1 jam
Panjang Esei : Bebas

Seksyen C bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai penulisan dalam Bahasa Melayu. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Contoh soalan :  

“Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”  

SEKSYEN D – LAPORAN BAHASA INGGERIS

Soalan : 3 soalan pilih 1
Masa : 1 jam
Panjang Esei : Bebas

Seksyen ini bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai penulisan dalam Bahasa Inggeris. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Contoh soalan : 

“Electronic Goverment in Malaysia, Discuss”

Demikianlah antara contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang dapat dikongsikan buat calon diluar sana. Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik semasa peperiksaan ini. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah lebih baik.

Kenapa perlunya mendapatkan panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Kenapa? Jawapannya mudah sahaja, pihak kami telah banyak membantu calon-calon peperiksaan sebelumnya dalam membuat persediaan awal. Panduan yang kami disediakan adalah berdasarkan pengalaman calon-calon peperiksaan serta contoh-contoh soalan peperiksaan lepas yang boleh dibuat rujukan.

Sedia maklum juga, calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini sangatlah ramai dan persaingan adalah sengit. Oleh itu jadikanlah diri anda selangkah kehadapan daripada calon-calon yang lain dengan adanya panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini!

Bagaimana mendapatkan panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Pada masa kini penjualan panduan dan contoh soalan peperiksaan terkini belum lagi dibuka oleh pihak kami. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak. Kami mencadangkan anda melanggan mendaftar nama dan email anda menerusi link bawah. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 tersebut terus ke email anda jika ada. Dapatkan panduan yang terkini agar anda lebih yakin menjawab peperiksaan nanti.

[Daftar Disini Untuk Melanggan Panduan Terkini Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41]

Penafian : Panduan dan rujukan pantas yang diterbitkan oleh pihak kami tidak ada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon membuat persediaan sebelum dan ketika menghadapi peperiksaan atau temuduga. Soalan yang disertakan dalam rujukan khas hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan soalan peperiksaan atau temuduga sahaja.

SHARE & ENJOY :

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

15 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *