Maklumat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Maklumat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Disini ada perkongisan mengenai maklumat bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Maklumat ini adalah sebagai pendedahan dan peringatan semula bagi calon-calon yang memohon jawatan ini.

Maklumat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kem/Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam

Maklumat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Bagi memohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pula,  syarat-syarat lantikan adalah seperti berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Manakala deskripsi tugas-tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah seperti berikut :

  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Demikianlah serba sedikit maklumat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Dengan adanya maklumat ini, persediaan menghadapi exam PTD 2014 yang dijangka pada penghujung Oktober nanti dapat anda lakukan. Tarikh sebenar exam online belum lagi ditetapkan oleh SPA.

Sekiranya anda ingin memerlukan satu panduan peperiksaan terkini Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 sebagai rujukan, bolehlah mendaftarkan nama dan emel anda yang sah menerusi link di bawah. Jika terdapat panduan yang terkini, maka anda tidak akan terlepas untuk memilikinya nanti.

Daftar Disini – Panduan exam PTD 2014

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *