15 sebab gagal temuduga

15 sebab gagal temuduga. Anda pernah menghadiri temuduga? Selalu gagal dalam temuduga sama ada temuduga kerajaan atau pun swasta. Buntu mencari sebab gagal dalam temuduga? Jangan risau disini ada dikongsikan 15 sebab kenapa gagal dalam temuduga.

15 sebab gagal temuduga

15 sebab kenapa anda gagal temuduga

Antara sebab kenapa anda selalu gagal dalam temuduga tak kiralah temuduga kerajaan mahu pun temuduga swasta adalah :

  • Imej kurang profesional – Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.
  • Terlebih santai dan ramah – Terdapat calon yang cuba hilangkan
    gentar mereka dengan menjadi terlalu peramah sehingga ia
    menimbulkan kurang selesa kepada pihak lain. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Anda boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.
  • Lagak gaya berlebihan – Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.
  • Lambat dan tiada persediaan – Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Usah mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda.
  • Maklumat palsu dalam resume – Resume anda tanggungjawab anda. Pastikan maklumat dalam resume anda adalah tepat dan benar tentang diri anda. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada
    sesuatu produk.
  • Lupa sediakan maklumat penting – Pastikan anda tahu maklumat penting yang harus dibawa ke sesi temuduga nanti. Lupa adalah satu alasan. Dapatkan maklumat apa yang harus dibawa sebelum hadir ke temuduga dan bawa pada hari temuduga dalam keadaan kemas dan tersusun.
  • Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi – Jika anda seorang yang pemalu tidak mengapa, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu hinggakan anda menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu harus bertempat.
  • Bertanya gaji saya berapa? – Bertanya tidak salah. Namun bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor.
  • Tiada lesen kenderaan – Tiada lesen kenderaan juga boleh buatkan calon gagal dalam sesi temuduga. Terdapat kerja yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat untuk bertemu pelanggan. Tidak mengapa jika tiada kenderaan. Bagi sesetengah syarikat anda disediakan kenderaan untuk urusan rasmi.
  • Diam apabila berbahasa Inggeris – Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri
    calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan
    bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.
  • Banyak ‘kemungkinan’ – Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri anda. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga anda tidak diterima untuk menjawat jawatan tersebut. Jawab dengan yakin dan matang. Anda ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan.
  • Tidak mengkaji syarikat/jawatan – Anda ingin bekerja di syarikat yang anda mohon, anda seharusnya peka kepada bisnes syarikat berkenaan. Calon yang tidak membuat persediaan menyemak maklumat syarikat di halaman web bakal menemui jalan buntu apabila panel temuduga bertanya tentang “Apa pandangan anda tentang syarikat kami…” Bagi jawatan kerajaan, anda berkhidmat dengan kerajaan. Apa yang harus
    anda peka adalah berkenaan jawatan. Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.
  • Menggunakan bahasa pasar – Bahasa pasar adalah bahasa yang tidak formal. Ia digunakan dalam perbualan harian anda bersama rakan baik anda dan kenalan yang lain. Sesi temuduga meminta anda menggunakan bahasa yang formal dan teratur.
  • Terlalu ‘demand’ – Terlalu ‘demand’ semasa temuduga juga boleh membuatkan anda gagal lebih awal. ‘Demand’ bermaksud anda meminta pihak syarikat sediakan rumah, kenderaan dan pelbagai kelengkapan lain untuk anda. Tidak salah untuk ‘demand’ jika anda sememangnya seorang yang menjadi rebutan dipasaran. Tetapi jika ia adalah temuduga anda untuk melompat kerja ke tempat kerja baru, elakkan dari terlalu meminta-minta.
  • Terlalu taksub berpolitik – Adakalanya panel temuduga menguji anda dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat anda tentang hal-hal dunia luar. Namun, anda harus berhati-hati dalam memberikan pendapat anda supaya tidak menampakkan anda menyebelahi sesiapa. Atau dalam erti kata lain anda terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Demikianlah antara 15 sebab gagal temuduga yang dapat dikongsikan disini. Jika anda inginkan maklumat yang lebih lengkap, tips-tips dan rahsia untuk lulus temuduga, dapatkan menerusi ebook Rahsia Bijak Temuduga melalui link dibawah ini. Semoga berjaya buat para calon!

[+] Link – Ebook Rahsia Bijak Temuduga

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

8 Comments

  1. Boleh dijadikan rujukan kepada budak2 lepasan universiti macam saya ni. Saya tak pernah lagi temuduga secara btol2 ni.. Lakonan temuduga pernah lama masa belajar dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *