Persediaan menghadapi temuduga SPA 2015

Persediaan menghadapi temuduga SPA 2015

Persediaan menghadapi temuduga SPA 2015. Adakah anda salah seorang daripada calon temuduga  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2015? Tahniah diucapkan jika anda menjadi calon temuduga. Sudahkah anda membuat persediaan untuk menghadapi temuduga tersebut. Adakah anda selalu gagal temuduga SPA sebelum ini walaupun sering kali menghadirinya? Jangan risau disini ada dikongsikan persediaan menghadapi temuduga 2015 untuk anda.

Antara persediaan bagi menghadapi temuduga SPA 2015

Antara persediaan bagi menghadapi temuduga SPA 2015 yang boleh anda pratikkan adalah :

  • Imej kurang profesional – Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.
  • Lagak gaya berlebihan – Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.
  • Lambat dan tiada persediaan – Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Usah mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda.
  • Maklumat palsu dalam resume – Sesetengah jawatan kerajaan memerlukan anda menyediakan resume untuk rujukan mereka. Resume anda tanggungjawab anda. Pastikan maklumat dalam resume anda adalah tepat dan benar tentang diri anda. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada sesuatu produk.
  • Lupa sediakan maklumat penting – Pastikan anda tahu maklumat penting yang harus dibawa ke sesi temuduga nanti. Lupa adalah satu alasan. Dapatkan maklumat apa yang harus dibawa sebelum hadir ke temuduga dan bawa pada hari temuduga dalam keadaan kemas dan tersusun.
  • Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi – Jika anda seorang yang pemalu tidak mengapa, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu hinggakan anda menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu haruslah bertempat.
  • Diam apabila berbahasa Inggeris – Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.
  • Banyak ‘kemungkinan’ – Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri anda. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga anda tidak diterima untuk menjawat jawatan tersebut. Jawab dengan yakin dan matang. Anda ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan.
  • Tidak mengkaji maklumat jawatan – Jika anda ingin bekerja di sektor awam, anda seharusnya peka kepada maklumat jawatan yang dipohon. Anda seharusnya mengetahui serba sedikit info mengenai jawatan tersebut. Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.
  • Menggunakan bahasa pasar – Bahasa pasar adalah bahasa yang tidak formal. Ia digunakan dalam perbualan harian anda bersama rakan baik anda dan kenalan yang lain. Sesi temuduga meminta anda menggunakan bahasa yang formal dan teratur.
  • Terlalu taksub berpolitik – Adakalanya panel temuduga menguji anda dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat anda tentang hal-hal dunia luar. Namun, anda harus berhati-hati dalam memberikan pendapat anda supaya tidak menampakkan anda menyebelahi sesiapa. Atau dalam erti kata lain anda terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Demikianlah antara persediaan menghadapi temuduga SPA 2015 yang dapat dikongsikan disini. Persediaan ini amat penting kerana jumlah calon yang ramai berbanding dengan jawatan yang terhad. Oleh itu persaingan mendapatkan jawatan tersebut amatlah tinggi dan semakin sengit.

Jika anda inginkan lebih maklumat atau info yang lebih lengkap mengenai persediaan temuduga SPA, tips-tips dan rahsia untuk lulus temuduga, bolehlah dapatkannya dengan membuat pembelian terus Ebook Rahsia Bijak Temuduga menerusi link dibawah ini. Salam sukses buat para calon temuduga 2015!

[+] Link – Ebook Rahsia Bijak Temuduga

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *