Peperiksaan online Pegawai Psikologi S41

Peperiksaan online Pegawai Psikologi S41. Ya, sudahkah calon-calon peperiksaan Pegawai Psikologi S41 membuat persediaan menghadapi exam pada tahun ini. Ini kerana exam Pegawai Psikologi ini akan diadakan pada 17 Julai 2016 mengikut sumber dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ada antara calon telah pun menerima emel daripada pihak SPA ini. Maka dengan ini calon-calon mempunyai tempoh lebih kurang seminggu untuk membuat persediaan rapi.

peperiksaan online pegawai psikologi s41

Persoalannya, sudahkah anda sebagai calon exam Pegawai Psikologi S41 membuat persediaan. Jawapannya mudah, anda perlu membuat persediaan kerana bilangan calon exam semakin meningkat kerana sedar akan kelebihan dalam menjawat jawatan kerajaan ini. Dengan membuat persediaan, maka anda telah bersedia menghadapi exam ini berbanding dari calon-calon yang lain.

Format peperiksaan online Pegawai Psikologi S41

Sedia maklum, format peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 ini sama seperti exam PTD 2014 atau exam Penguasa Kastam W41 yang lepas sebagaimana yang telah pun ditetapkan oleh pihak SPA.  Format peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 pada tahun 2015 adalah seperti berikut :

– Seksyen A – Pengetahuan Am
– Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
– Seksyen C – Ujian Psikometrik

Persediaan menghadapi exam Pegawai Psikologi S41

Sebagai calon exam Psikologi S41, anda semestinya membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal. Antara persediaan yang anda boleh buat ialah dengan mendapatkan panduan terkini peperiksaan online Pegawai Psikologi S41. Panduan ini hanyalah sebagai rujukan dan persediaan awal sahaja. Ianya bukanlah soalan bocor atau pun soalan ramalan. Jika anda ingin memiliki panduan peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 ini bolehlah mendaftarkan nama dan emel anda menerusi link dibawah ini.

Langgan Disini – Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41

Selain daripada itu persediaan lain untuk menghadapi exam online Pegawai Psikologi S41 ialah membuat senarai semak. Senarai semak ini amat penting supaya anda benar-benar bersedia.

Senarai semak exam Pegawai Psikologi S41

Berikut adalah senarai semak sebagai persediaan exam Pegawai Psikologi S41 yang anda perlu lakukan :

  • Pastikan peralatan komputer yang akan anda gunakan untuk menjawab exam berfungsi dengan baik. Loading tidak lambat dan paparan jelas.
  • Pastikan anda berada di kawasan yang mempunyai kelajuan internet yang tinggi. Sekiranya anda menggunakan broadband pastikan kouta broadband anda mencukupi. Cara yang terbaik ialah anda menggunakan internet yang mempunyai talian tetap.
  • Masuk ke link peperiksaan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan. Sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal daripada masa exam. Login dengan menggunakan maklumat yang diberikan seperti username, password dan link exam. Setiap calon akan diberikan dengan username, password dan link exam yang berbeza. Akses berikut akan dinyatakan melalui surat panggilan daripada SPA.
  • Cuba jawab soalan seberapa pantas yang boleh dengan tenang. Sediakan kertas, pen dan kalkulator untuk pengiraan. Tinggalkan soalan yang sukar dahulu. Buatlah yang mudah, kemudian kembali semula kepada
    soalan tadi.
  • Pastikan anda membuat sedikit rujukan mengenai jawatan Pegawai Psikologi S41 ini seperti deskripsi tugas.

Demikianlah persediaan menghadapi peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 yang dapat dikongsikan disini. Semoga perkongsian dapat membantu dan membuatkan anda benar-benar bersedia menghadapi exam nanti.

peperiksaan online pegawai psikologi s41

Jualan panduan peperiksaan online Pegawai Psikologi S41

Jualan panduan peperiksaan online Pegawai Psikologi S41 telah pun dikeluarkan oleh pihak Tim Infokerjaya untuk masa yang terhad. Oleh itu calon-calon digalakkan membuat pembelian segara menerusi link dibawah ini. Selamat berjaya!

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *