Persediaan peperiksaan online Pembantu Tadbir N17

Persediaan peperiksaan online Pembantu Tadbir N17. Adakah anda salah seorang calon peperiksaan online Pembantu Tadbir N17? Jika tahniah diucapkan. Sudahkah anda membuat persediaan menghadapi exam online pada kali ini? Jika belum, pastikan anda membuat persediaan kerana umum mengetahui jumlah calon bagi jawatan Pembantu Tadbir N17 ini memanglah ramai dan persaingan amatlah sengit.

Persediaan peperiksaan online Pembantu Tadbir N17

Disini ada sedikit perkongsian mengenai persediaan menghadapi peperiksaan online Pembantu Tadbir N17. Perkongsian ini hanya sebagai membiasakan anda dengan suasana exam online yang dikendalikan oleh pihak SPA.

Format exam online Pembantu Tadbir N17

Sedia maklum format exam online Pembantu Tadbir N17 telah pun ditetapkan oleh pihak SPA. Ianya sama seperti exam online sebelum ini iaitu peperiksaan Pegawai Psikologi S41. Format peperiksaan online adalah seperti berikut :

– Seksyen A – Pengetahuan Am
– Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
– Seksyen C – Ujian Psikometrik

Persediaan peperiksaan online Pembantu Tadbir N17

Sebagai calon exam Pembantu Tadbir N17 anda semestinya membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal. Antara persediaan yang anda boleh buat ialah dengan mendapatkan panduan terkini peperiksaan Pembantu Tadbir N17 jika ada. Panduan ini hanyalah sebagai rujukan dan persediaan awal. Ianya bukanlah soalan bocor ataupun soalan ramalan.

Selain daripada itu persediaan lain untuk menghadapi peperiksaan online ialah membuat senarai semak. Senarai semak ini amat penting supaya anda benar-benar bersedia.

Senarai semak exam online Pembantu Tadbir N17

Berikut adalah senarai semak sebagai persediaan exam online Pembantu Tadbir N17 yang anda perlu lakukan :

  • Pastikan peralatan komputer yang akan anda gunakan untuk menjawab exam berfungsi dengan baik. Loading tidak lambat dan paparan jelas.
  • Pastikan anda berada di kawasan yang mempunyai kelajuan internet yang tinggi. Sekiranya anda menggunakan broadband pastikan kouta broadband anda mencukupi. Cara yang terbaik ialah anda menggunakan internet yang mempunyai talian tetap.
  • Masuk ke link peperiksaan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan. Sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal daripada masa exam. Login dengan menggunakan maklumat yang diberikan seperti username, password dan link exam. Setiap calon akan diberikan dengan username, password dan link exam yang berbeza. Akses berikut akan dinyatakan melalui surat panggilan daripada SPA.
  • Cuba jawab soalan seberapa pantas yang boleh dengan tenang. Sediakan kertas, pen dan kalkulator untuk pengiraan. Tinggalkan soalan yang sukar dahulu. Buatlah yang mudah, kemudian kembali semula kepada
    soalan tadi.

Demikianlah persediaan menghadapi peperiksaan online Pembantu Tadbir N17 yang dapat dikongsikan disini. Semoga perkongsian dapat membantu dan membuatkan anda benar-benar bersedia menghadapi exam nanti. Selamat berjaya.

peperiksaan online pembantu tadbir n17

Jualan panduan rujukan peperiksaan online Pembantu Tadbir N17

Untuk makluman tiada panduan peperiksaan khusus untuk Pembantu Tadbir N17 yang dikeluarkan oleh pihak kami. Walaubagaimanapun anda boleh memiliki Rujukan Pantas Pembantu Tadbir N17 jika anda membuat pembelian menerusi link atau banner di bawah ini.

LINK – RUJUKAN PANTAS PEMBANTU TADBIR N17

Jualan panduan ini agak terhad demi menjaga kualitinya. Oleh itu pastikan anda dapatkannya dengan segera.

Sila like fanpage kami untuk update terkini;

[+] Like Fanpage – Panduan Peperiksaan Kerajaan

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *