Cara menjahit baju kurung moden

Cara menjahit baju kurung moden. Disini ada perkongsian mengenai cara yang amat mudah untuk belajar menjahit baju kurung moden. Cara menjahit yang disediakan dalam bentuk ebook ini dinamakan Ebook Jahit Baju Kurung Moden. Ebook ini ditulis oleh tukang jahit yang berpengalaman luas dalam bidang jahitan iaitu Puan Salmawati Shamsudin.
Cara menjahit baju kurung moden

Kandungan ebook cara menjahit baju kurung moden

Kandungan yang terdapat di dalam ebook ini memang lengkap. Diterangkan kepada anda langkah demi langkah menerusi ilutrasi, gambar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Selain itu juga, di dalam kandungan ini terdapat cara menjahit baju kurung moden berserta menjahit kain kipas belakang.

Berikut adalah modul-modul yang terdapat di dalam ebook jahit baju kurung moden iaitu :

  • Modul 1: Pengenalan

Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung moden. Penerangannya disertakan dalam setiap modul yang berkaitan.

  • Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran

Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung moden untuk menentukan ukuran termasuk ukuran bahu, dada, pinggang, punggung dan lain-lain lagi.

  • Modul 3: Teknik Melukis Pola

Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju kurung moden. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit baju kurung moden ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola badan dan lengan dengan cara yang betul.

  • Modul 4: Teknik Memotong Kain

Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya.

  • Modul 5: Teknik Menjahit Kain

Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju yang sudah dipotong? Bahagian baju manakah yang perlu dijahit terlebih dahulu? Bagaimana pula cara mencantum lengan dan badan baju kurung moden? Ketahuinya di sini.

  • Modul 6: Pengenalan Kepada Kain Kipas Belakang

Kain kipas belakang juga dikenali sebagai kain susun belakang. Anda akan diperkenalkan dengan bentuk dan saiz kain kipas. Berapakah saiz kipas yang sepatutnya? Anda akan pelajarinya di sini.

  • Modul 7: Teknik Melukis Pola Kain Kipas Belakang

Bagaimanakah cara melukis pola kain kipas belakang? Bolehkah bahagian hadapan dan belakang kain menggunakan pola yang sama? Ketahui semuanya di sini. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar.

  • Modul 8: Teknik Menjahit Kain Kipas Belakang

Untuk mendapatkan kain kipas yang cantik, terlebih dahulu anda perlu mengetahui teknik yang betul untuk menyusun dan menjahit bahagian kipas kain. Pelajari semuanya di sini.

  • Modul 9: Teknik Menjahit Zip dan Pinggang Kain

Pelajari cara menjahit zip pada kain kipas. Anda juga akan diajar dua cara menjahit pinggang kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Pelajari semuanya di sini.

  • Modul 10: Kemasan Akhir Kain Kipas Belakang

Bagaimanakah cara menjahit tampalan kain di bahagian hujung atas kipas kain? Bagaimanakah cara menentukan ukurannya? Tampalan pada bahagian tersebut akan cantik, kemas dan selari jika teknik yang betul digunakan. Anda juga akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan, bawah baju dan leher baju kurung.

{HASILNYA = YA! Anda berjaya menyiapkan sepasang baju kurung moden yang sedia untuk dipakai selepas menyempurnakan bahagian ini.}

Kepada anda yang ingin juga belajar menjahit blouse dan jubah, ini adalah ebook yang amat bertepatan dengan anda. Ini kerana, teknik yang ditunjukkan terutamanya teknik menjahit dan menyambung badan dan lengan dapat digunakan untuk menjahit pelbagai jenis baju. Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung moden dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju seperti blouse dan jubah.

Dapatkan cara mudah menjahit baju kurung moden sekarang!

Demikianlah penerangan ringkas mengenai cara menjahit baju kurung moden yang dapat dikongsikan untuk anda. Jika anda berminat untuk mempelajarinya, sila dapatkannya menerusi link atau banner di bawah ini;

LINK – CARA MUDAH MENJAHIT BAJU KURUNG MODEN

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

SHARE & ENJOY :

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *