Cara semak iklan Adsense di blog

Adakah blog anda sudah memasang iklan Adsense? Jika sudah berjaya memasang iklan Adsense tahniah diucapkan. Tapi tahukah anda bagaimana cara semak iklan Adsense di blog? Jangan bimbang, disini akan dikongsikan bagaimana cara anda boleh menyemaknya.

cara hendak semak iklan adsense di blog

Untuk info, semenjak Google menyenaraikan bahasa Melayu dalam sistemnya, maka semakin banyak blog-blog berbahasa Melayu membuat permohonan memasang iklan Adsense dari Google ini. Kebanyakannya telah pun berjaya disahkan oleh pihak Google. Ada yang telah disahkan untuk tempoh yang singkat. Ada juga mengambil masa sehingga sebulan untuk disahkan. Tak kisahlah berapa  lama masa yang diambil, apa yang penting blog anda telah pun disahkan.

Oleh itu, disini anda akan dikongsikan bagaimana cara hendak semak iklan Adsense di blog yang telah dipasang tadi. Tujuannya adalah untuk memastikan iklan yang dipasang sesuai dan serasi dengan tema blog anda. Ini kerana walaupun blog anda telah disahkan oleh pihak Google, pasti anda akan tertanya-tanya kenapa tidak keluar iklannya. Biasanya perkara ini sering terjadi kepada blog-blog baru. Cara untuk menyemak adalah mengunakan Google Adsense Sandbox.

cara hendak semak iklan adsense di blog

Apa yang perlu anda buat ialah masukkan URL blog anda dalam ruangan yang disediakan di sini – Google Adsense Sandbox

Kemudian satu paparan akan keluar seperti gambar diatas ini. Ianya akan menunjukkan beberapa jenis iklan yang sudah tersedia untuk blog anda. Sekiranya blog anda tidak mempunyai konten yang bagus untuk pengiklanan Adsense, maka kebanyakkan jenis iklan akan keluar adalah ‘blank’ atau kosong dengan tiada apa-apa paparan.

Menerusi cara ini juga, anda akan mengetahui bahawa jenis iklan atau saiz banner yang mempunyai iklan Adsense yang diiklankan di dalam blog anda. Untuk itu, jadikan ini sebagai panduan untuk memilih saiz banner Adsense yang bersesuaian dengan tema blog anda agar dapat memaksimumkan pendapatan sampingan dari Adsense anda.

Semoga perkongsian cara semak iklan Adsense di blog ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak info mengenai pengiklanan Adsense. Selamat mencuba.

#Untuk memaksimumkan pendapatan anda melalui iklan Adsense bolehlah klik banner dibawah ini untuk maklumat lanjut;

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *