Cara semak tracking Pos Laju Malaysia

Cara semak tracking Pos Laju Malaysia. Ya, pasti ada antara anda yang pernah menggunakan perkhidmatan Poslaju Malaysia sama ada menghantar barang, dokumen atau pun bungkusan. Untuk info pihak Pos Laju Malaysia ada menyediakan perkhidmatan tracking (menjejaki) atau mengesan penghantaran tadi.

Perkhidmatan ini membolehkan anda menyemak status sebarang penghantaran menggunakan Pos Laju iaitu bilakah ianya dihantar, dari mana ianya dihantar, proses-proses penghantaran yang dilaluinya dan kedudukan penghantaran yang terkini.

Cara semak tracking Pos Laju Malaysia

Terdapat 2 cara semakan yang disediakan oleh Pos Laju Malaysia. Semakan tracking Pos Laju Malaysia ini boleh dibuat secara online atau pun SMS.

Semakan tracking Pos Laju Malaysia secara online

Untuk semakan secara online, langkah-langkah semakan tracking nombor adalah seperti berikut. Sebagai contoh, katakan tracking nombor penghantaran barang anda ialah LD190221266MY. Mula-mula ke laman web rasmi Pos Laju Malaysia dan cari pautan Track & Trace, atau anda boleh terus klik sahaja disini;

[+] Pos Laju Track & Trace

Kemudian anda akan dibawa ke pautan seperti di dalam gambar dibawah ini.

Cara semak tracking Pos Laju MalaysiaMasukkan tracking nombor tadi ke dalam ruangan yang disediakan, kemudian klik butang TRACK. Untuk makluman anda, tracking nombor boleh dimasukkan sehingga 15 sekaligus. Inilah kelebihan menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia.

Selepas itu, status semakan penghantaran yang terkini akan dipaparkan bagi setiap tracking nombor yang anda masukkan tadi. Contohnya seperti dibawah ini dimana penghantaran barang yang dibuat ini telah pun selamat dihantar ke penerima dalam tempoh masa 2 hari sahaja.

Cara semak tracking Pos Laju Malaysia

Semakan tracking Pos Laju Malaysia melalui SMS

Selain secara online anda juga boleh membuat semakan secara perkhidmatan SMS. Bagi semakan tracking nombor melalui SMS pula, langkah-langkah yang perlu dibuat adalah seperti berikut;

  • Taipkan;

                      PL<jarak>[Tracking Nombor]

                      Contoh : PL LD190221266MY

  • Hantar SMS kepada 33333

Hanya untuk pengguna telco Maxis, Celcom dan Digi. Pengguna akan dicaj RM 0.50 untuk setiap SMS.

Semoga perkongsian cara semak tracking Pos Laju Malaysia ini dapat membantu anda diluar sana.

SHARE & ENJOY :

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

16 Comments

  1. Sye check dh…tpi knape dya kta “no records found” eah.??tak kan tak jmpe kot..

  2. “Item dispatched out”kalau mcm ni ?? Mcm mne plk??in tulisan at track pe mksdnye ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *