Semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa

Semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa. Disini ada perkongsian mengenai cara semak keputusan peperiksaan online (SAPS) untuk para ibubapa atau penjaga kepada murid sekolah. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak secara online adalah seperti peperiksaan tengah tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian, peperiksaan UPSR, peperiksaan PT3 dan juga peperiksaan SPM adalah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS.

Semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa

Cara semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa

Berikutan adalah cara semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa atau penjaga. Sistem SAPS untuk ibubapa ini akan memaparkan slip keputusan peperiksaan serta markah pelajar. Ini pasti dapat membantu ibubapa atau penjaga memantau prestasi akedemik anak mereka. Untuk makluman SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Bagi semakan sekolah menengah pula hanya untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sahaja.

Untuk memastikan ibubapa atau penjaga dapat membuat semakan dengan betul, sila ikuti langkah-langkah ini;

  • Klik pautan rasmi SAPS iaitu;

[+] Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa tanda (-)
  • Pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah
  • Klik butang Semak Laporan, dan Menu Utama akan dipaparkan.
  • Pilih jenis peperiksaan yang ingin dipaparkan.
  • Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.

Semoga perkongsian cara semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa ini dapat membantu ibubapa atau penjaga membuat semakan keputusan anak mereka dengan lebih mudah seterusnya memantau prestasi akedemik anak mereka agar lebih berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang di masa hadapan.

SHARE & ENJOY :

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *