Cara mengambil ukuran baju

Cara mengambil ukuran baju. Disini ada perkongsian mengenai cara mengambil ukuran baju dengan mudah. Cara ini memang sesuai buat mereka yang baru belajar menjahit baju sama ada baju kurung biasa, baju kurung moden, baju kurung Pahang dan Riau, baju Melayu serta jubah.

Cara mengambil ukuran baju

Cara-cara mengambil ukuran baju

Berikut adalah cara- cara mengambil ukuran baju yang boleh anda ikuti;

  • Ukuran Labuh Baju

Ukuran labuh baju diambil dari pangkal leher melalui puncak dada sehingga ke ukuran labuh baju yg dikehendaki. Sekurang-kurangnya 2.5-5cm dari paras lutut.

  • Ukuran Lebar Bahu

Ukuran lebar bahu diambil dari sisi kiri ke sisi kanan. Daripada ukuran bahu, ukuran boleh diambil terus sehingga ke labuh lengan yang dikehendaki. Tujuannya adalah untuk mengelakkan berlakunya lebihan ukuran yang menyebabkan lengan menjadi labuh dan mengelakkan pemakai terpaksa melipat tangan baju.

  • Ukuran Panjang Lengan

Ukuran panjang lengan boleh diambil terus daripada ukuran bahu ke lengan. Sekurang-kurangnya 2.5cm dari paras buku lengan. Hasilnya ditolak dengan lebar bahu.

  • Ukuran Keliling Lengan

Ukuran keliling lengan biasanya diambil untuk membuat kaf tangan pada lengan baju kemeja, jubah dan sebagainya. Ukuran diambil dengan mengukur keliling tangan dan memberi kelonggaran sekurang-kurangnya dapat memasukkan 2 jari.

  • Ukuran Keliling Dada

Ukuran keliling dada diambil pada keliling dada yangg mengenai paras paling tinggi di dada atau dikenali sebagai puncak dada.

  • Ukuran Jarak Puncak Ke Puncak Dada

Ukuran jarak puncak ke puncak dada diambil dengan meletakkan pita ukuran di atas sedikit dari puncak. Diukur dari puncak dada kanan ke puncak dada kiri.

  • Ukuran Mercu Dada

Ukuran mercu dada adalah dari bahu hadapan ke puncak dada.

  • Ukuran Keliling Pinggang

Ukuran keliling pinggang diambil di sekeliling pinggang yang sebenar dengan melilit pita ukur pada bahagian paling genting pada badan.

  • Ukuran Keliling Punggung

Ukuran keliling punggung diambil di sekeliling paras punggung yang paling tinggi atau paling lebar.

  • Ukuran Bahu Ke Pinggang

Ukuran bahhu ke pinggang diambil dari tengkuk belakang hingga ke paras pinggang.

  • Ukuran Bahu ke Punggung

Ukuran bahu ke punggung diambil dari tengkuk belakang hingga ke paras punggung.

  • Ukuran Labuh Kain

Ukuran labuh kain diambil pada sisi badan dari paras pinggang sehingga ke labuh kain yang dikehendaki, sekurang-kurangnya dari paras tapak kaki tanpa kasut.

Demikianlah sedikit perkongsian mengenai cara mengambil ukuran baju untuk anda. Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit gambaran bagaimana ingin menjahit baju. Untuk memudahkan anda, bolehlah mendapatkan panduan menjahit baju yang serba lengkap dengan ilutrasi bergambar menerusi link dan banner di bawah ini;

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *