Bas Muafakat Johor

Berita baik buat warga Johor terutamanya yang tinggal di Bandaraya Johor Bahru. Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan perkhidmatan bas percuma yang dinamakan Bas Muafakat Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Bas Muafakat Johor akan mula beroperasi pada 1 April 2016. Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.
Bas Muafakat Johor

Laluan Bas Muafakat Johor

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai. Pengguna boleh semak laluan tersebut disini.

Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI). Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor. Bas Muafakat Johor akan bermula diantara jam 6 pagi hingga 8 malam. Jumlah trip adalah bergantung kepada permintaan dan jarak perjalanan.

Kad Muafakat Johor

Kad Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan mereka untuk menaiki bas tersebut secara percuma. Caj minimum tahunan kad akan dikenakan. Kad ini tidak boleh dijual kepada orang lain. Penggunaan kad ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang yang akan berfungsi sebagai kad elektronik bagi urusniaga tanpa tunai.

Untuk pendaftaran kad, anda akan diminta mengisi butiran maklumat peribadi. Maklumat-maklumat tersebut akan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sebarang maklumat yang diisi atau dikumpul adalah tertakluk kepada dasar privasi PAJ. PAJ mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan kepada dasar privasi. Sila klik link dibawah ini untuk membuat pendaftaran secara online.

Bagi pendaftaran secara manual, anda boleh dapatkan Kad Muafakat Johor di kaunter-kaunter yang akan dibuka sepanjang ‘Roadshow’ dan juga di Pejabat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) mulai Mac 2016. Sila periksa laman website rasmi dari semasa ke semasa. Untuk cara penggunaan Kad Muafakat Johor, penumpang Bas Muafakat Johor dikehendaki untuk mempamerkan dan menyentuh Kad Muafakat Johor di tempat yang disediakan setiap kali mereka naik dan turun bas. Kegagalan mempamer dan menyentuh Kad Muafakat Johor akan menyebabkan penumpang tidak dapat menikmati perkhidmatan bas percuma ini.

Caj tahunan Kad Muafakat Johor

Kad Muafakat Johor boleh digunakan selama setahun bermula dari 1 April 2016. Caj tahunan akan dikenakan mengikut kategori. Berikut adalah kadar caj tahunan bagi pengguna Kad Muafakat Johor ;

Caj tahunan Kad Muafakat JohorDemikianlah sedikit perkongsian mengenai perkhidmatan Bas Muafakat Johor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau info terkini mengenai Bas Muafakat Johor, boleh berbuat demikian menerusi ;

  • Layari website rasmi – www.basmuafakatjohor.com
  • Menghantar emel  ke basmuafakatjohor@paj.com.my
  • Menghubungi talian bebas tol 1300 22 3700

Sumber : www.basmuafakatjohor.com

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

4 Comments

  1. Alhamdulillah… Beruntungnya orang negeri Johor dapat kemudahan percuma macam ni… semoga lepas ni ada negeri-negeri lain yang mengikut jejak langkah macam ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *