Rujukan peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Adakah anda calon peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 tahun 2016? Jika YA, sudahkah anda sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat ini? Untuk itu disini ada perkongsian mengenai panduan, rujukan dan contoh soalan bagi peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 bagi persediaan exam anda nanti.

Rujukan peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41

[+] Daftar Disini – Pakej Rujukan Online Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Maklumat jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Berikut adalah maklumat jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41;

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM 2,146.00

Gaji Maksimum : RM 8,718.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00

Syarat Lantikan:

Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau

Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan seperti di atas; dan

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Format peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Sebagaimana peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik yang lepas, format peperiksaan online bagi Pegawai Teknologi Maklumat adalah sama. Format peperiksaan online Pegawai Teknologi maklumat F41 adalah seperti berikut;

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Esei Bahasa Inggeris #

# Perubahan format bagi peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 ialah bagi Seksyen C – Esei Bahasa Inggeris akan diadakan pada peringkat temuduga nanti.

#UPDATE TERKINI! Peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 akan diadakan seperti berikut;

  • Tarikh : 15 April 2016 (Jumaat)
  • Masa : 8.00 pm – 10.25 pm

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Berbalik kepada fokus utama iaitu perkongsian panduan, rujukan dan contoh soalan peperiksaan ini, disini anda boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 dengan mendaftarkan nama dan emel anda yang sah untuk melanggan. Sekiranya pakej rujukan peperiksaan ini telah dibuka, maka andalah orang pertama yang akan memilikinya. Anda akan diberikan link pembelian menerusi emel yang anda daftarkan.

Untuk info, pakej rujukan peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 ini akan memberikan anda contoh soalan dan skema jawapan peperiksaan berdasarkan soalan-soalan tahun-tahun sebelumnya serta daripada pengalaman calon-calon yang mengambil peperiksaan ini. Turut disertakan ialah nota rujukan lengkap bagi membantu calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik membuat persediaan awal.

Antara isi kandungan pakej rujukan peperiksaan tersebut adalah;

  • Nota rujukan pantas  untuk bacaan lengkap informasi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41
  • Puluhan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 bagi setiap seksyen mengikut format yang terkini.
  • Tips peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 untuk anda lulus dengan mudah berdasarkan pengalaman calon terdahulu.
  • Macam-macam lagi panduan peperiksaan online untuk membantu anda membuat persediaan rapi.

[+] Daftar Disini – Pakej Rujukan Online Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Jualan Nota Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Makkumat F41

Jualan nota rujukan peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 telah pun dibuka. Sila buat pembelian anda menerusi link dibawah ini;

[+] Klik Disini – Nota Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Jualan hanya untuk tempoh yang terhad sahaja!

P/s – Sila bookmark entri ini untuk dapatkan update yang terkini.

Penafian : Panduan dan rujukan pantas yang diterbitkan oleh pihak kami TIADA kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon membuat persediaan sebelum dan ketika menghadapi temuduga. Soalan yang disertakan dalam rujukan khas hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan soalan temuduga/peperiksaan sahaja.

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *