Belajar menjahit baju sebab tempahan sudah ditutup

Belajar menjahit baju sebab tempahan sudah ditutup

Belajar menjahit baju sebab tempahan sudah ditutup. Nampak macam mustahil untuk dilakukan tapi sebenarnya ada cara yang mudah untuk belajar menjahit baju ini. Dengan masa yang singkat, pastinya anda dapat menguasai sekurang-kurangnya teknik asas menjahit. Bagaimana caranya? Jangan risau disini akan dikongsikan satu panduan menjahit baju berbentuk ‘EBOOK’ langkah demi langkah yang mudah untuk anda pelajari. Belajar menjahit baju sebab tempahan sudah ditutup semakin mudah.

Belajar menjahit sebab tempahan sudah ditutup

Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Ketika ini, tukang jahit adalah antara orang yang paling sibuk. Sama ada masih lagi menerima tempahan terakhir ataupun telah mula menyiapkan tempahan pelanggan. Tetapi kebanyakan tukang jahit telah pun menutup tempahan mereka bagi mengelakkan pakaian yang ditempah tidak siap. Pastinya timbul perasaan panik kepada mereka yang masih belum mempunyai baju raya lagi. Jika hendak membeli baju yang sudah siap dijahit, pastinya tidak kena dengan citarasa dan mungkin kualiti baju kurang memuaskan. Disinilah bergunanya Ebook Panduan Menjahit Pelbagai Baju yang disediakan oleh tukang jahit berpengalaman luas iaitu Puan Salmawati Shamsudin.

Ebook menjahit pelbagai baju ini terdiri daripada 4 jenis Panduan yang utama iaitu Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional, Panduan Menjahit Baju Kurung Moden, Panduan Menjahit Baju Kurung Riau dan Pahang dan Panduan Menjahit Baju Melayu dan Seluar. Berikut adalah panduan menjahit yang disediakan iaitu;

1- Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional

Kepada anda yang ingin belajar menjahit tetapi tidak pasti bagaimana ingin memulakan minat tersebut, inilah panduan yang bertepatan dengan anda. Mari mulakan dengan belajar menjahit baju kurung. Panduan ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju.

2- Panduan Menjahit Baju Kurung Moden

Kandungannya adalah cara menjahit baju kurung moden berserta kain kipas belakang. Kepada anda yang ingin belajar menjahit blouse dan jubah, ini adalah ebook yang amat bertepatan dengan anda. Ini kerana, teknik yang ditunjukkan terutamanya teknik menjahit dan menyambung badan dan lengan dapat digunakan untuk menjahit pelbagai jenis baju. Panduan ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung moden dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju seperti blouse dan jubah.

3- Panduan Menjahit Baju Kurung Riau dan Pahang

Panduan ini menunjukkan cara menjahit kedua-dua jenis baju kurung iaitu baju kurung riau dan baju kurung Pahang. Ramai yang sering terkeliru dengan nama dua jenis baju kurung ini iaitu baju kurung riau dan baju kurung pahang. Baju kurung riau juga biasa dikenali sebagai baju kurung pesak gantung. Perbezaan utama pada kedua-dua baju ini adalah pada bahagian pesaknya. Cara jahitan leher yang ditunjukkan di dalam panduan ini adalah sama dengan cara menjahit leher baju kurung tradisional. Cara menjahit kain lipat batik yang juga dikenali sebagai kain selisih depan juga ditunjukkan.

4- Panduan Menjahit Baju Melayu dan Seluar

Panduan ini menunjukkan cara menjahit baju Melayu bagi lelaki terutamanya menjahit baju Melayu jenis Teluk Belanga atau Johor dan baju Melayu Cekak Musang. Cara-cara menjahit seluar juga ditunjukkan di dalam panduan ini. Ianya amat mudah dengan adanya panduan ini.

Dapatkan ebook panduan menjahit pelbagai baju sekarang!

Demikianlah secara ringkas segala penerangan yang terdapat dalam ebook panduan menjahit pelbagai baju ini. Sekira anda berminat ingin mendapat maklumat lanjut mengenai ebook ini silalah klik link atau banner dibawah ini. Cadangan terbaik adalah agar anda membeli kesemua ebook panduan menjahit pelbagai baju ini bagi memudahkan anda pada masa hadapan. Kini belajar menjahit baju sebab tempahan sudah ditutup adalah tidak mustahil lagi.

[+] LINK – EBOOK PANDUAN MENJAHIT PELBAGAI BAJU

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

2 Comments

  1. Ya… Dah nak masuk bulan Syaaban ni… Sampai yang belum buat tempahan baju raya, kena jahit baju sendiri lah nampaknya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *