Cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer

Cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer. Disini ada perkongsian mengenai cara mengeluarkan duit bayaran Google Adsense melalui Wire Transfer. Secara umumnya pemegang akaun Adsense biasanya mengeluarkan duit bayaran Adsense menerusi Western Union. Walaupun menggunakan perkhidmatan Western Union ini memang mudah tetapi tetap memerlukan kita mengisi borang dan menggunakan khidmat di kaunter Western Union. Kini dengan Wire Transfer, bayaran dari Adsense boleh dipindah terus ke akaun bank tempatan Malaysia. Memang amat mudah menggunakan Wire Transfer.

Cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer

Cara setting Wire Transfer dalam akaun Adsense

Sebenarnya mudah sahaja untuk menggunakan Wire Transfer ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah “login” dahulu akaun Adsense anda. Kemudian pergi ke “Setting”. Kemudian klik pada  “Payment”. Selepas itu pilih atau klik “Manage Payment Methods” untuk memilih tetapan bayaran baru. Setela itu klik pada “Add new wire transfer details” jika anda ingin memilih cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer. Anda boleh rujuk gambar dibawah ini. Ini adalah bahagian yang perlu anda isi maklumat dengan tepat dan betul.

Cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer

Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut;

  • Account holder name : Masukkan nama penuh anda
  • Bank name : Masukkan nama bank anda
  • SWIFT-BIC : Masukkan kod bank menurut panggilan antarabangsa. Sila semak kod bank menurut panggilan antarabangsa anda disini – [+] Semak kod bank antarabangsa
  • Account number : Masukkan nombor akaun bank anda
  • Re-type account number : Masukkan sekali lagi nombor akaun bank anda

Akhir sekali setelah selesai mengisi maklumat berkenaan, klik butang “Save” dan tunggu emel pengesahan dari pihak Google. Siap! Selepas ini anda boleh tunggu bayaran Adsense yang akan  masuk terus ke dalam akaun bank anda. Tempoh bayaran yang dibuat adalah antara 1 – 3 hari bekerja bergantung kepada bank anda. Setakat ini caj dikenakan oleh pihak bank di atas perkhidmatan yang diberikan ini adalah USD5. Caj mungkin berbeza mengikut terma dan syarat bank pilihan anda. Semoga perkongsian cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer ini dapat membantu anda menerima bayaran dari pihak Google dengan lebih mudah dan menjimatkan.

 

 

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *