Tukar kad debit Maybank

Tukar kad debit Maybank. Umum mengetahui yang kad debit Maybank yang lama perlu ditukar sebelum 31 Disember 2016 ini. Oleh itu pastikan ramai pemegang kad berpusu-pusu menukar kad debit Maybank mereka di cawangan Maybank yang berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja mereka. Kini anda tidak perlu lagi ke bank untuk menukar kad debit Maybank anda. Disini ada perkongsian mengenai cara tukar kad debit Maybank anda melalui online dan melalui kiosk. Kedua-dua perkhidmatan ini disediakan untuk pelanggan Maybank secara percuma.

Tukar kad debit Maybank

Tukar kad debit Maybank melalui online

Berikut adalah cara tukar kad debit Maybank melalui online;

Tukar kad debit Maybank

Langkah 1

Langkah 1  РLayari laman web rasmi Maybank anda. Setelah login, klik pada ruangan Card Management seperti gambar di atas.

Tukar kad debit Maybank

Langkah 2

Langkah 2 – Kemudian klik ruangan ATM/Debit Card seperti gambar di atas.

Langkah 3

Langkah 3

Langkah 3 – Selepas itu, klik butang Replace Card seperti gambar di atas dan ikuti arahan selanjutnya.

Jika proses ini berjaya, kad debit Maybank yang baru akan dihantar kepada anda dalam masa 2 minggu.

Tukar kad debit Maybank  melalui kiosk

Berikut adalah cara tukar kad debit Maybank melalui kiosk;

Tukar kad debit Maybank

Langkah 1 – Masukkan kad debit/kad ATM lama anda, kemudian masukkan nombor pin anda.

Langkah 2 – Masukkan kad pengenalan anda dan buat pengesahan cap jari. (PENTING! – pengesahan jap jari mesti lulus)

Langkah 3 – Kad debit baru versi cip dan pin akan keluar berserta resit transaksi. Selesai sudah proses penukaran kad debit baru Maybank anda.

Buat masa sekarang hanya beberapa cawangan Maybank utama sahaja yang mempunyai kiosk ini. Dijangka perkhidmatan kiosk ini akan diletakkan di cawangan lain dalam masa terdekat.

Semoga perkongsian cara tukar kad debit Maybank ini dapat memudahkan anda untuk membuat proses tersebut. Pilihan di tangan anda. Selamat mencuba.

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *