Harga minyak petrol dan diesel minggu pertama April 2017

Harga minyak petrol dan diesel minggu pertama April 2017. Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel terkini bagi minggu pertama bulan April 2017. Untuk info harga runcit minyak (bahan api) petrol dan diesel akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal dan penetapan harga akan dilakukan secara mingguan iaitu pada setiap hari Rabu berdasarkan Purata Harga Pasaran Mingguan sebelumnya bermula dari April 2017 ini.

Harga minyak petrol dan diesel minggu pertama April 2017
[+] Panduan mudah menjaga kereta untuk jimat minyak

Untuk makluman juga bermula bulan April 2017, tiada lagi notis pemberitahuan awal mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebaliknya, KPDNKK hanya akan memaklumkan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel sama ada kekal, naik atau turun untuk bulan berikutnya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia sahaja secara mingguan iaitu pada setiap hari Rabu bermula 29 Mac 2017. Berikutan itu, orang ramai atau pengguna hanya akan mengetahui harga minyak petrol baru sama ada berubah atau kekal pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam.

Harga minyak petrol dan diesel minggu pertama April 2017

Berikut adalah harga minyak petrol dan diesel terkini bagi minggu pertama bulan April 2017. Harga ini akan dikemaskini pada setiap awal bulan setelah diumumkan oleh pihak KPDNKK.

RON95
RON97
Diesel
RM 2.13 / liter  RM 2.41 / liter RM 2.11 / liter

#Untuk kemudahan di masa akan datang, sila bookmark page ini bagi rujukan anda.

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

2 Comments

  1. Alhamdulillah..minggu ini minyak turun. terasa sangat lah skang..harga minyak naik..kos sara hidup boleh jd tinggi kalau minyak naik..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *