Panduan mencari kerja di Singapura

Panduan mencari kerja di Singapura. Adakah anda berminat ingin bekerja di Singapura? Sedang mencari kerja di Singapura tetapi tidak tahu bagaimana caranya dan takut ditipu ejen. Jangan risau lagi. Disini ada perkongsian mengenai panduan mencari kerja di Singapura yang dapat membantu anda dengan kos yang lebih menjimatkan. Panduan berbentuk ebook ini dinamakan Panduan Mencari Kerja Di Singapura.

Panduan mencari kerja di Singapura

4 sebab utama kenapa mencari kerja di Singapura

Disini ada 4 sebab utama kenapa anda mencari kerja di Singapura iaitu;

  • Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. Pada 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan maka pendapatan anda jika ditukar dalam RM ialah RM 2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000, kini pendapatan anda akan menjadi RM 3,140 (berdasarkan tukaran matawang asing terkini). Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda, gaji anda sudah pun bertambah!

  • Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu. Gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan. RM 15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya. Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura).

  • Mudah Berpatah Balik

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh ejen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang. Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda, hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia.

  • Sah dan Kurang Risiko

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan. Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak boleh mengambil tindakan.

Ebook Panduan Mencari Kerja Di Singapura

Ebook ini akan menerangkan langkah demi langkah untuk bekerja di Singapura. Dari segi penyediaan dokumen, pembayaran gaji, bahasa utama hinggalah pengangkutan anda untuk ke sana. Terdapat banyak info yang akan dikongsikan untuk anda. Terdapat 5 Bab Utama yang disediakan untuk anda iaitu;

  • Bab 1 : Strategi Mencari Kerja

Ya! Untuk mencari kerja, kita perlukan strategi. Di dalam bab ini saya tunjukkan anda bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di Singapura hanya secara online sahaja. Ada 5 website utama yang boleh anda gunakan. Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan.

  • Bab 2 : Dokumen-Dokumen Penting

Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura. Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja. Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL! Dokumen fotostat mereka tidak layan!.

  • Bab 3 : Pengangkutan

Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini. Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.

  • Bab 4 : Tempat Penginapan

Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja. Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru. Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.

  • Bab 5 : Hal-Hal Penting Yang Lain

Di dalam bab ini, saya menerangkan hal-hal penting yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.

  • Apakah prosedur yang perlu anda lalui?
  • Perihal tentang gaji?
  • Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
  • Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
  • Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
  • Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
  • Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
  • Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa Inggeris?

Semua persoalan diatas, akan terjawab di dalam bab ini!

Dapat segera Panduan Mencari Kerja Di Singapura sekarang!

Demikianlah serba sedikit perkongsian mengenai panduan mencari kerja di Singapura. Jika anda berminat bekerja di Singapura, dapat segera menerusi link dan banner dibawah ini;

[+] KLIK DISINI – PANDUAN MENCARI KERJA DI SINGAPURA

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah ebook (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli ebook ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ke dalam komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

Share Button

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di [email protected] atau di menu Hubungi Saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *