Order gas memasak secara online

Order gas memasak secara online. YA! kini anda boleh order gas memasak secara online. Jika sebelum ini, apabila gas memasak di rumah atau di kedai habis, pastinya anda akan menelefon kedai runcit yang menjual gas memasak yang berdekatan kawasan anda untuk order dan menghantar gas tempat anda. Tetapi seiring dengan kemajuan teknologi, kini gas memasak sudah boleh diorder secara online menerusi laman web HaloGas.com.

Order gas memasak secara online

Order gas memasak secara online menerusi HaloGas.com

Apabila kita ingin order gas memasak, kebiasaannya kita akan menelefon kedai dan mereka akan menghantarnya ke destinasi yang ditetapkan. Masalah selalunya timbul apabila gas memasak kehabisan stok atau tiada penghantaran boleh dibuat kerana tiada pekerja penghantar. Selain daripada itu, upah yang dikenakan kepada kita tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah bergantung keadaan semasa.

Kini dengan adanya laman web HaloGas.com, satu platform penghantaran gas memasak khusus pengguna telefon pintar dan internet dimana bertujuan memajukan industri gas Malaysia. Ia juga bertujuan menjadikan perkhidmatan penghantaran gas lebih efisen dan memberikan keselesaan kepada pengguna. Kawasan perkhidmatan order gas memasak secara online setakat ini adalah sekitar Lembah Klang. Tetapi kini perkhidmatannya telah diperluaskan ke negeri Johor. Untuk info, HaloGas.com akan update kawasan perkhidmatan pada setiap minggu. Untuk menyemak kawasan perkhidmatan penghantaran gas, anda bolehlah klik link dibawah ini;

[+] Semak kawasan perkhidmatan gas secara online

Sebenarnya amat mudah untuk anda order gas memasak secara online ini. Hanya ada 4 langkah mudah iaitu;

  1. Isi nombor telefon, jenis gas memasak, kuantiti yang diingini
  2. Isi maklumat seperti nama, emel dan 3 masa yang sesuai untuk penghantaran gas memasak anda
  3. Semak semula maklumat yang telah diisi tadi untuk pengesahan, jika tiada perubahan dibuat klik butang “CONFIRM”
  4. Satu emel pengesahan order akan dihantar kepada anda dan tunggu emel dari pemandu yang akan menghantar gas memasak anda dalam masa 24 jam

Siap! Memang mudah. Mungkin perkhidmatan ini akan mengambil masa yang lama kerana permintaan yang tinggi. HaloGas.com akan cuba memperbaiki perkhidmatan mereka dari masa ke semasa untuk keselesaan pengguna. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, boleh emel kepada hello@halogas.com.

Harga perkhidmatan order gas memasak secara online

Harga yang dikenakan ke atas perkhidmatan order gas memasak secara online ini adalah seperti berikut;

  • Gas Silinder 12 kg – RM26 hingga RM32 termasuk penghantaran.
  • Gas Silinder 14 kg – RM28 hingga RM35 termasuk penghantaran.
  • Untuk order – klik link ini; [+] HaloGas.com atau anda boleh download aplikasi ini di

Semoga perkongsian mengenai order gas memasak secara online ini dapat membantu serta memudahkan anda dalam menggunakan perkhidmatan penghantaran gas memasak di kawasan anda.

Share Button

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

4 Comments

  1. Bestnya.. kalau servis ni boleh sampai ke tempat saya.. dah tak perlu bersusah payah nak angkat tong gas dari tingkat 3 bila gas habis nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *