Rujukan peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41

Rujukan peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41. Adakah anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41? Jika YA, tahniah diucapkan tetapi sudahkah anda melakukan persediaan? Jangan risau, disini ada perkongsian mengenai nota rujukan peperiksaan online yang disediakan oleh Tim Infokerjaya dimana nota-nota rujukan peperiksaannya telah banyak membantu ribuan calon untuk lulus dalam peperiksaan yang diambil.

Rujukan peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41

Format peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41

Sebagaimana peperiksaan online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN, format peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41 adalah sedikit berbeza dengan peperiksaan online yang lain. Format peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41 adalah seperti berikut;

  • BAHAGIAN I – Amali
  • BAHAGIAN II – Bertulis

BAHAGIAN I – Amali

Bahagian ini mengandungi dua seksyen iaitu :

Seksyen A : Suara
• Seksyen B : Penyampaian

Semua calon dikehendaki menjawab kedua-dua seksyen.

Seksyen A : Suara

1. Calon-calon akan diuji suara dalam dua bahasa.
2. Satu di dalam Bahasa Melayu dan satu lagi di dalam bahasa/dialek lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
3. Penilaian terhadap bacaan calon adalah berdasarkan kepada mutu suara seperti berikut :
(i) Jelas dan terang
(ii) Nada Suara

Seksyen B : Penyampaian

1. Calon-calon akan diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam perkara-perkara berikut:
i) Penyampaian Berita (WAJIB)
ii) Penyampaian Pengulas Acara Sukan
iii) Penyampaian Pengulas Siaran Langsung
iv) Penyampaian Laporan Wartawan Lokasi
v) Penyampaian Hiburan

2. Calon-calon adalah diwajibkan untuk menjawab soalan Penyampaian Berita, manakala bagi soalan seterusnya calon dikehendaki memilih salah satu di antaranya sahaja dan menyampaikan dalam bahasa pilihan masing-masing. Contohnya: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan lain-lain bahasa/dialek yang diperlukan oleh jabatan.

3. Calon-calon akan diberi masa 20 minit untuk membuat persediaan sebelum ujian dijalankan.

4. Penilaian akan diberikan seperti berikut :
i) Kreativiti
ii) Pengolahan
iii) Kelancaran
iv) Sebutan
v) Penghayatan

BAHAGIAN II – Bertulis

Bahagian ini mengandungi tiga seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am
• Seksyen B – Karangan
• Seksyen C – Terjemahan

Seksyen A – Pengetahuan Am

1. Masa yang diperuntukkan bagi Seksyen A ini ialah 30 minit.
2. Bilangan soalan ialah 40, iaitu terdiri daripada soalan aneka pilihan.
3. Soalan-soalan dalam seksyen ini adalah berbentuk aneka pilihan 4 pilihan jawapan.
4. Calon-calon dikehendaki menjawab semua 40 soalan yang disediakan.
5. Soalan bagi Seksyen A adalah menguji pengetahuan calon mengenai bidang-bidang berikut:
i) Kenegaraan
ii) Isu-isu semasa
iii) Ekonomi
iv) Sosio Budaya
v) Media
vi) Hiburan
vii) Sukan

Seksyen B – Karangan

1. Masa yang diperuntukan ialah 70 minit.
2. Bilangan soalan yang dikemukakan ialah 6. Calon diwajibkan menjawab 2 soalan sahaja.
3. Calon akan diberi enam tajuk mengenai isu-isu semasa dan dikehendaki menulis 2 karangan.
4. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam bahasa/ dialek lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
5. Setiap karangan tidak melebihi 300 patah perkataan.

Seksyen C – Terjemahan

1. Masa yang diperuntukkan ialah 40 minit.
2. Hanya 2 soalan dikemukakan dalam seksyen ini.
3. Calon-calon akan diberi dua petikan karangan yang mengandungi lebih kurang 100 patah perkataan setiap satu.
4. Satu petikan karangan dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
i) Petikan Karangan A – Bahasa Melayu
• Petikan karangan ini hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris atau satu bahasa yang ditentukan.
ii) Petikan Karangan B – Bahasa Inggeris dan Bahasa Lain.
• Petikan karangan ini hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu

#UPDATE TERKINI! Peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41 akan diadakan seperti berikut;

Bagaimana mendapatkan rujukan peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41?

Pada masa kini penjualan rujukan peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41 belum lagi dibuka oleh pihak Tim Infokerjaya. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak. Kami mencadangkan anda mendaftar email anda menerusi link bawah untuk melanggan. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan tersebut terus ke email anda jika ada. Tiada lagi yang dapat dikatakan tentang panduan rujukan pantas dan lengkap ini. Ternyata ianya merupakan panduan yang terbaik pernah dihasilkan dan banyak membantu calon sebelum ini. Jika anda merupakan calon peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41 dalam masa yang terdekat ini, saya cadangkan anda melanggan rujukan peperiksaan online dari Tim Infokerjaya untuk menjadi yang terawal daripada calon-calon yang lain sebelum ianya terlambat. Dapatkan rujukan yang terkini agar anda lebih yakin menjawab peperiksaan nanti. Selamat berjaya!

Jualan rujukan peperiksaan online Penerbit Rancangan B29 dan B41

Terus buat pembelian menerusi link/banner di bawah ini apabila ianya telah dibuka;

#Jualan dibuka dari jam 10.00pm 20 Januari 2018 hingga 11.59pm 25 Januari 2018 sahaja!

Sila like fanpage kami untuk update terkini;

Penafian : Panduan dan rujukan pantas yang diterbitkan oleh pihak kami tidak ada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) atau Jabatan Penyiaran Malaysia. Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon membuat persediaan sebelum dan ketika menghadapi peperiksaan atau temuduga. Soalan yang disertakan dalam rujukan khas hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan soalan peperiksaan atau temuduga sahaja.

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Seorang part time blogger yang tinggal di Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event boleh berhubung menerusi emel di baretta79@gmail.com atau di menu Hubungi Saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *