Panduan mudah membuat bisnes tudung yang laris

Panduan mudah membuat bisnes tudung yang laris. Adakah anda berminat untuk memulakan bisnes tudung? Tercari-cari rahsia atau panduan mudah membuat bisnes tudung yang laris? Anda boleh membuat bisnes dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai. Bila membuat bisnes tudung sendiri ini, banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan. Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja. Untuk itu, disini ada perkongsian mengenai panduan membuat bisnes tudung yang laris dari penjual tudung yang berjaya iaitu Madihah Mustafha, pengasas Madihah Scarf yang untung RM15k dalam masa sebulan!

Panduan mudah membuat bisnes tudung yang laris

Panduan mudah membuat bisnes tudung yang laris

Bila pelanggan dah mula ramai dan anda sudah ada modal yang banyak, maka bermulalah membuat tudung jenama sendiri. Apabila anda sudah ada jenama sendiri, anda boleh letak harga yang sedikit tinggi tetapi kualiti kain mestilah dijaga. Pada masa ini, anda hanya menjual apa yang pelanggan inginkan sahaja. Pendapatan juga akan jadi lebih stabil dan berpanjangan. Bagi produk Madihah Scarf, adalah jenama tudung yang telah dibina sendiri sejak 4 tahun yang lalu. Beza tudungnya dengan tudung yang lain sudah tentulah dari segi kualiti dan design. Sebab itu bila ada produk sendiri ini, maka anda perlu jaga serba serbi kualitinya.

 

Namun begitu, berita baiknya. Dalam sibuk-sibuk menjual tudung ini, beliau telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalamannya sepanjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini. Dan lahirlah panduan mudah membuat bisnes tudung yang laris iaitu “Ebook Rahsia Bisnes Tudung”.

Apa yang terkandung dalam Ebook Rahsia Bisnes Tudung

Kandungan yang terdapat di dalam Ebook ini adalah;

BAB 1 : BELAJAR MENJUAL

Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales). Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri anda. Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu anda belajar adalah belajar menjual. Ada 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memudahkan anda membuat jualan. Anda dapat jawab 9 soalan ini, insya Allah aktiviti jualan anda akan menjadi lebih mudah.

BAB 2 : APA & SIAPA?

Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini diberitahu anda terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung anda kepada 3 golongan ini. Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan anda pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.

BAB 3 : SUPPLIER

Ini adalah RAHSIA BESAR di dalam ebook ini. Saya bongkarkan 3 pembekal tudung yang saya gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung. Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete diberikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop! Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ini, kita tidak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. Perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup! 

BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU

Dalam bab ini saya berkongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Anda tak perlu risau, tiada paksaan untuk anda membeli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone anda. Itupun sudah memadai sebagai permulaan. Apa yang penting, model yang anda gunakan mestilah “real”!

BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA

Ada 4 tips utama yang saya kongsikan di dalam bab perihal harga ini. Teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat akan ditunjukkan. Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja anda jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung. Dalam bab ini juga, dikongsikan teknik bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga. Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar bila lihat pesaing anda turunkan harga tudung mereka.

BAB 6 : AYAT IKLAN

Ada 3 jenis ayat iklan yang boleh anda gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan anda. Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram.

BAB 7 : LUBUK JUALAN

Stok tudung sudah ada, gambar sudah ambil, ayat iklan pun sudah siap. Sekarang, masa untuk menjual. Dalam bab ini, dikongsikan 10 lubuk yang boleh anda masuk untuk menjual tudung anda. Anda boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang anda rasakan mudah dan sesuai dengan diri anda. Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk anda tidak dapat menjual tudung anda!

BAB 8 : PEMBUNGKUSAN

Perkara ini mungkin anda sudah tahu. Tetapi dalam bab pembungkusan ini, dikongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.

BAB 9 : PENGHANTARAN

Dalam bab ini, dikongsikan cara dan bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Ditunjukkan juga cara dan bagaimana anda tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran. Malah, posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang anda mahu poskan.

BAB 10 : CASE STUDY – BAGAIMANA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN.

Ini adalah bab yang paling HOT! Dalam bab ini, ditunjukkan langkah demi langkah, bagaimana menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan.

Bagaimana mendapatkan panduan mudah memulakan bisnes tudung yang laris ini?

Adakah anda sudah teruja untuk memiliki Ebook Rahsia Bisnes Tudung ini? Jika YA, jangan tunggu lagi, dapat sekarang panduan mudah membuat bisnes tudung yang laris ini. Harganya yang mampu milik dan memang berbaloi dengan ilmu yang dikongsikan oleh pengasas Madihah Scarf ini. Harga yang ditawarkan adalah RM60 sahaja! Cepatkan dapatkan sebelum beliau menaikkan lagi harga Ebook ini. Klik banner dibawah ini untuk membuat pembelian;

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah Ebook (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli Ebook ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *