Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27. Panduan lengkap contoh soalan peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 secara online kepada calon yang ingin memohon jawatan ini. Seperti sedia maklum bagi memohon jawatan ini, setiap calon perlulah menduduki peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27  dan lulus dengan cemerlang sebagai syarat untuk dipanggil temuduga.

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengeluarkan jadual peperiksaan bertulis bagi jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 yang dijangka akan diadakan pada 14 Jun 2014 di setiap pusat pemeriksaan negeri masing-masing jika tiada perubahan tarikh dibuat. Sudah menjadi lumrah apabila hampir menjelangnya peperiksaan, permintaan ataupun carian calon terhadap panduan atau contoh soalan peperiksaan semakin tinggi.

Info jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27

Disini ada sedikit info mengenai jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27. Kumpulan : Sokongan Kementerian/Jabatan : Kementerian Belia dan Sukan Jadual Gaji :

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27
Kelayakan :

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan; (Gaji permulaan : RM 1,362.00) atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan : RM 1,362.00) atau
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM 1,661.95)
  • Lulus Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) dalam peperiksaan SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

[Calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang belia dan sukan diberikan keutamaan]

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27

Secara amnya, contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 adalah sama dengan jawatan lain yang setaraf dengannya. Calon perlulah lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

Format dan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu :  

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Soalan : 40
Masa : 30 minit

Seksyen ini menguji pengetahuan dan tahap kesedaran calon terhadap perkara-perkara yang mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang, dasar-dasar awam, hal-ehwal kenegaraan, kepimpinan, rekreasi, pengurusan teknologi maklumat serta komunikasi dan lain-lain perkembangan semasa dan dunia amnya. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut.  

Contoh soalan :

1. Negara manakah yang akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2014?

A Amerika
B England
C Brazil
D Jerman  

Jawapan : C  

SEKSYEN B – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan : 30
Masa : 35 minit

Dalam seksyen B, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan :  

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.  

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).Antara contoh soalan adalah seperti berikut :  

Contoh soalan :

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62  

Jawapan : A  

Teknik menjawab :
 

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah :
8 x 7 / 2 = 28

Demikianlah contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 yang dapat dikongsikan buat calon diluar sana. Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik semasa peperiksaan ini. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 adalah lebih baik.

Bagaimana mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27

Pada masa kini penjualan panduan dan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 belum lagi dibuka oleh pihak Tim Infokerjaya. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak. Kami mencadangkan anda mendaftar email anda menerusi link bawah untuk melanggan. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan tersebut terus ke email anda jika ada. Dapatkan panduan yang terkini agar anda lebih yakin menjawab peperiksaan nanti. Selamat berjaya!

[Klik Disini Untuk Melanggan – Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27]
 

Kelebihan mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 Infokerjaya

Tiada lagi yang dapat dikatakan tentang panduan rujukan lengkap ini. Ternyata ianya merupakan panduan yang terbaik pernah dihasilkan dan banyak membantu calon sebelum ini. Jika anda merupakan calon peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 dalam masa yang terdekat ini, saya cadangkan anda melanggan panduan dan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 sebelum terlambat.

Sila like fanpage kami untuk update terkini;

[+] Like Fanpage – Panduan Peperiksaan Kerajaan

SHARE & ENJOY ---->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.