Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27. Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27. Dikesempatan ini, disini ada perkongsian mengenai panduan lengkap contoh soalan peperiksaan bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 yang kini dibuat secara online buat para calon yang ingin memohon jawatan ini. Seperti sedia maklum bagi memohon jawatan ini, setiap calon perlulah menduduki peperiksaan dan lulus dengan cemerlang sebagai syarat untuk dipanggil temuduga.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengeluarkan jadual peperiksaan bertulis bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 yang dijangka akan diadakan pada 5 Ogos 2014 di setiap pusat pemeriksaan negeri masing-masing jika tiada perubahan tarikh dibuat. Sudah menjadi lumrah apabila hampir menjelangnya peperiksaan, permintaan ataupun carian calon terhadap panduan atau contoh soalan peperiksaan semakin tinggi.

Info jawatan Penolong Penguasa Kastam W27

Disini ada sedikit info mengenai jawatan Penolong Penguasa Kastam W27.

Kumpulan : Sokongan
Kementerian/Jabatan : Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
Jadual Gaji :

Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

 

Kelayakan :
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan; (Gaji permulaan : RM 1,367.00) atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan : RM 1,367.00) atau
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan : RM 1,667.08)
  • Lulus Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) dalam peperiksaan SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

  • Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
  • Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
  • Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
  • Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
  • Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
  • Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Secara amnya, contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 adalah sama dengan jawatan lain yang setaraf dengannya. Calon perlulah lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

Format dan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini terbahagi kepada 2 seksyen iaitu :  

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Soalan : 40
Masa : 30 minit

Seksyen ini menguji pengetahuan dan tahap kesedaran calon terhadap perkara-perkara yang mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang, dasar-dasar awam, hal-ehwal kenegaraan, kepimpinan, rekreasi, pengurusan teknologi maklumat serta komunikasi dan lain-lain perkembangan semasa dan dunia amnya. Antara contoh soalan yang diberikan adalah seperti berikut.  

Contoh soalan :

1. Negara manakah yang akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2014?

A Amerika
B England
C Brazil
D Jerman  

Jawapan : C  

SEKSYEN B – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan : 30
Masa : 35 minit

Dalam seksyen B, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan :  

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.  

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).Antara contoh soalan adalah seperti berikut :  

Contoh soalan :

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A 28
B 49
C 56
D 62  

Jawapan : A  

Teknik menjawab :
 

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah :
8 x 7 / 2 = 28

Demikianlah contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 yang dapat dikongsikan buat calon diluar sana. Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik semasa peperiksaan ini. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 adalah lebih baik.

Bagaimana mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Pada masa kini penjualan contoh soalan dan panduan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 belum lagi dibuka oleh pihak Tim Infokerjaya. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak. Kami mencadangkan anda mendaftar email anda menerusi link bawah untuk melanggan. Pihak kami akan menghantar maklumat terkini mengenai panduan tersebut terus ke email anda jika ada. Dapatkan panduan yang terkini agar anda lebih yakin menjawab peperiksaan nanti.

[Klik Disini Untuk Melanggan – Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27]
 

Kelebihan mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 Infokerjaya

Tiada lagi yang dapat dikatakan tentang panduan rujukan lengkap ini. Ternyata ianya merupakan panduan yang terbaik pernah dihasilkan dan banyak membantu calon sebelum ini. Jika anda merupakan calon peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 dalam masa yang terdekat ini, saya cadangkan anda melanggan panduan dan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 sebelum terlambat. Selamat berjaya!

Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 telah dibuka

Contoh soalan terkini peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 telah pun dibuka selama 4 hari sahaja iaitu pada 30 Julai 2014 hingga 2 Ogos 2014. Sila klik link di bawah ini untuk memilikinya.

[LINK – CONTOH SOALAN TERKINI PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM W27]

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Saya.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.