Panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41. Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 biasanya akan diambil pada setiap tahun bergantung kepada kekosongan. Jawatan kerja kerajaan yang agak popular ini biasanya juga akan menarik ramai calon-calon diluar sana untuk memohon jawatan ini.

Tapi sebelum dipanggil untuk ditemuduga, anda wajib untuk lulus peperiksaan online PTD ini. Oleh yang demikian, disini ada disediakan panduan terkini bagi calon yang ingin buat rujukan nanti.

Peperiksaan terkini Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
 

Sedikit info mengenai jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah seperti berikut :

Info jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab : Jabatan Perkhidmatan Awam
Gaji Minimum : RM 2,253.00
Gaji Maksimum : RM 8,731.00
Kadar kenaikan : RM 225.00

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

[+] Daftar Disini Untuk Melanggan

Tarikh peperiksaan online yang TERKINI!

Pihak SPA telah menetapkan tarikh bagi peperiksaan online PTD yang terkini adalah pada;

  • Tarikh : 27 Ogos 2020
  • Masa   : 10.00 am hingga 12.25 pm
  • [+] KLIK DISINI – SEMAKAN NAMA CALON

P/s – Sebarang perubahan tarikh dan masa peperiksaan tertakluk kepada pihak SPA.

Kenapa ramai calon gagal peperiksaan online ini?

Seperti mana yang diketahui, statistik calon yang gagal setiap tahun adalah sangat tinggi kerana tiada persediaan awal seperti ini. Mungkin ada di antara calon yang memandang remeh tentang persediaan awal kerana menganggapnya seperti mengambil peperiksaan di zaman persekolahan tetapi percayalah, dengan adanya panduan peperiksaan inilah yang akan membantu anda ketika menjawab soalan nanti.

Secara amnya, format peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah hampir sama dengan jawatan lain yang setaraf dengannya. Walaubagaimanapun, perubahan format bergantung kepada keperluan pihak SPA.

Calon perlulah lulus dengan cemerlang di setiap seksyen dalam ujian tersebut. Ini bermakna, jika calon gagal dalam mana-mana ujian di setiap seksyen, maka gagallah keseluruhan peperiksaan tersebut. Maka peluang untuk ditemuduga pasti tertutup.

[+] Daftar Disini Untuk Melanggan

Format peperiksaan terkini Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Ini adalah format terkini peperiksaan online PTD bagi tahun 2020 iaitu :  

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Soalan : 50
Masa : 40 minit

Seksyen A bertujuan untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. 

SEKSYEN B – DAYA PENYELESAIAN MASALAH

Soalan : 40
Masa : 45 minit

Dalam seksyen B, calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.  

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.  

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Soalan : 30 soalan
Masa : 30 minit

Seksyen ini bertujuan untuk mengukur kebolehan calon menganalisis data dan menguasai dalam Bahasa Inggeris. Daya kreativiti dalam menganalisis data turut diberi penekanan. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Kenapa perlunya mendapatkan panduan terkini peperiksaan ini?

Kenapa? Jawapannya mudah sahaja, pihak kami telah banyak membantu calon-calon peperiksaan sebelumnya dalam membuat persediaan awal. Panduan yang kami disediakan adalah berdasarkan pengalaman calon-calon peperiksaan serta contoh-contoh soalan peperiksaan lepas yang boleh dibuat rujukan.

Sedia maklum juga, calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini sangatlah ramai dan persaingan adalah sengit. Oleh itu jadikanlah diri anda selangkah kehadapan daripada calon-calon yang lain dengan adanya panduan ini. 

Bagaimana mendapatkan panduan terkini peperiksaan ini?

Pada masa kini penjualan panduan dan contoh soalan peperiksaan terkini belum lagi dibuka oleh pihak kami. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila tarikh jualan dibuka kelak.

Kami mencadangkan anda MELANGGAN dengan mendaftarkan nama dan emel anda menerusi link bawah ini. Jika ada panduan yang terkini, pihak kami akan terus menghantar info peperiksaan terkini Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 tersebut terus ke emel anda. 

[+] Daftar Disini Untuk Melanggan

Penafian : Panduan dan rujukan pantas yang diterbitkan oleh pihak kami tidak ada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon membuat persediaan sebelum dan ketika menghadapi peperiksaan atau temuduga. Soalan yang disertakan dalam rujukan khas hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan soalan peperiksaan atau temuduga sahaja.

Share it!
  •  
  •  
  •  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review produk dan peluang kerjasama, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Aku

21 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.