Exam PTD 2014 Persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Rujukan exam PTD 2014. Ya, sudahkah calon-calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 membuat persediaan menghadapi exam PTD pada tahun ini. Oleh kerana exam PTD 2014 ini sudah tertangguh beberapa kali oleh pihak SPA, maka calon-calon mempunyai tempoh untuk membuat persediaan rapi. Kali ini exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik ditangguh ke penghujung bulan Oktober 2014. Tarikh sebenar masih belum ditetapkan oleh pihak SPA.

Exam PTD 2014 Persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Persoalannya, sudahkah anda sebagai calon exam PTD 2014 membuat persediaan. Jawapannya mudah, anda perlu membuat persediaan kerana bilangan calon exam semakin meningkat. Jumlah calon exam yang hampir puluhan ribu ini membuatkan persaingan menjadi sengit. Dengan membuat persediaan, maka anda telah bersedia menghadapi exam PTD 2014 ini.

Format exam PTD 2014

Sedia maklum format exam PTD 2014 telah pun ditetapkan oleh pihak SPA. Cuma format pada tahun ini ada sedikit perubahan memandangkan peperiksaan dijalankan secara online. Pada tahun lepas format exam PTD adalah seperti berikut :

– Seksyen A – Pengetahuan Am
– Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
– Seksyen C – Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei
– Seksyen D – Esei Bahasa Melayu
– Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris

Itu adalah format exam pada tahun lepas dimana ianya dijalankan secara offline. Tapi kini peperiksaan dijalankan secara online sebagaimana exam Penguasa Kastam W41 baru-baru ini. Maka format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik pada tahun 2014 ialah :

– Seksyen A – Pengetahuan Am
– Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
– Seksyen C – Ujian Psikometrik

Exam PTD 2014 Persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Sebagai calon exam PTD 2014, anda semestinya membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal. Antara persediaan yang anda boleh buat ialah dengan mendapatkan panduan terkini peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Panduan ini hanyalah sebagai rujukan dan persediaan awal. Ianya bukanlah soalan bocor ataupun soalan ramalan. Jika anda ingin memiliki rujukan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini bolehlah mendaftarkan nama dan emel anda menerusi link dibawah ini.

[+] Langgan Disini – Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Selain daripada itu persediaan lain untuk menghadapi exam PTD 2014 ialah membuat senarai semak. Senarai semak ini amat penting supaya anda benar-benar bersedia.

Senarai semak exam PTD 2014

Berikut adalah senarai semak sebagai persediaan exam PTD 2014 yang anda perlu lakukan :

  • Pastikan peralatan komputer yang akan anda gunakan untuk menjawab exam berfungsi dengan baik. Loading tidak lambat dan paparan jelas.
  • Pastikan anda berada di kawasan yang mempunyai kelajuan internet yang tinggi. Sekiranya anda menggunakan broadband pastikan kouta broadband anda mencukupi. Cara yang terbaik ialah anda menggunakan internet yang mempunyai talian tetap.
  • Masuk ke link peperiksaan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan. Sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal daripada masa exam. Login dengan menggunakan maklumat yang diberikan seperti username, password dan link exam. Setiap calon akan diberikan dengan username, password dan link exam yang berbeza. Akses berikut akan dinyatakan melalui surat panggilan daripada SPA.
  • Cuba jawab soalan seberapa pantas yang boleh dengan tenang. Sediakan kertas, pen dan kalkulator untuk pengiraan. Tinggalkan soalan yang sukar dahulu. Buatlah yang mudah, kemudian kembali semula kepada
    soalan tadi.

Demikianlah persediaan menghadapi exam PTD 2014 yang dapat dikongsikan disini. Semoga perkongsian dapat membantu dan membuatkan anda benar-benar bersedia menghadapi exam nanti. Selamat berjaya.

Jualan panduan rujukan peperiksaan online PTD 2014

Jualan panduan rujukan peperiksaan online PTD 2014 telah pun dibuka. Tarikh jualan bermula dari 25 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Jadi kepada yang berminat mendapatkannya bolehlah klik banner dibawah ini.

Jualan panduan ini agak terhad demi menjaga kualitinya. Oleh itu pastikan anda dapatkannya dengan segera.

Sila like fanpage kami untuk update terkini;

[+] Like Fanpage – Panduan Peperiksaan Kerajaan

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Saya.

8 Comments

  1. Paling penting apabila pergi temuduga, pastikan ketrampilan anda kemas dan nampak yakin.. Tapi apa pun rezeki ditentukan Tuhan, kalau dah nak jadi rezeki, insyaallah akan dapat..

    p/s : Blog KeretaMoto.com untuk dijual, berminat sila hubungi email mykeretamoto@gmail.com atau talian 019-4366764

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.