Panduan peperiksaan Separa Perubatan. Adakah anda merupakan calon yang dijemput untuk menghadiri peperiksaan online Separa Perubatan bertaraf Diploma (gabungan 13 latihan). Jika YA, tahniah diucapkan dan anda berada di laman yang betul. Adakah tercari-cari panduan, tips atau rujukan bagi menghadapi peperiksaan dan temuduga ini?

Panduan peperiksaan Separa Perubatan

Tetapi sebelum ini, izinkan kami berkongsi info dengan lebih lanjut lagi tentang jawatan Separa Perubatan ini.

Info jawatan Separa Perubatan

Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan.

Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan online dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Latihan Bertaraf Diploma
Latihan bertaraf Diploma terbahagi kepada 13 jawatan iaitu :

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Jururawat Masyarakat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  10. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  11. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  12. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  13. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat kelayakan untuk memohon latihan Diploma Separa Perubatan adalah seperti berikut :

  • Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
  • Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma :

  • Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

#UPDATE TERKINI! Peperiksaan online Separa Perubatan akan diadakan seperti berikut;

  • Tarikh : 7 September 2017
  • Masa : (akan diupdate)

Tahniah sekali lagi jika anda terpilih dan sudah menerima email dan SMS jemputan tersebut. Bagi yang belum menerima apa-apa jemputan dari SPA, anda boleh membuat semakan melalui pautan link di bawah:

[+] Link – Semakan Peperiksaan online Separa Perubatan

Jika anda dipanggil untuk menduduki peperiksaan online ini, maka anda masih lagi mempunyai masa untuk mencari panduan dan rujukan bagi persediaan peperiksaan online Separa Perubatan ini. Bagi menjimatkan masa anda, bolehlah mendapatkan terus daripada pakej yang dinyatakan di bawah ini.

Panduan peperiksaan Separa Perubatan

Panduan peperiksaan Separa Perubatan ini disediakan dalam pakej rujukan pantas. Pakej rujukan pantas ini merupakan sebahagian daripada rujukan pantas yang lengkap disediakan oleh pihak kami untuk membantu calon lulus dalam peperiksaan online tersebut.

Apa yang terkandung di dalam pakej rujukan pantas peperiksaan Separa Perubatan?

  1. Panduan peperiksaan online separa perubatan di bahagikan kepada dua iaitu rujukan pantas temuduga separa perubatan dan juga simulasi temuduga separa perubatan. Ianya disediakan khas untuk calon Separa Perubatan sahaja.
  2. 122 contoh soalan tentang Separa Perubatan disediakan dalam rujukan khas separa perubatan mengikut kategori soalan umum dan juga soalan khusus 13 latihan separa perubatan. Ianya terlalu penting untuk calon ambil tahu.

  3. Di dalam panduan simulasi, calon akan diberikan 13 soalan untuk dilakukan simulasi oleh calon sendiri sebagai persediaan sebelum menghadiri temuduga sebenar nanti. Di dalam simulasi ini juga diterangkan tujuan soalan tersebut ditanya dan juga tips untuk menjawab soalan temuduga temuduga tersebut.

[+] LINK – PAKEJ RUJUKAN PANTAS PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

PERHATIAN! Pakej rujukan pantas atau panduan peperiksaan Separa Perubatan telah dibuka untuk jualan untuk masa yang terhad. Sila bookmark page ini untuk update yang terkini.

Penafian : Panduan dan rujukan pantas yang diterbitkan oleh pihak kami tidak ada kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA). Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon membuat persediaan sebelum dan ketika menghadapi peperiksaan dan temuduga. Soalan yang disertakan dalam rujukan khas hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan soalan peperiksaan dan temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma.

SHARE & ENJOY ---->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.