Cara semak tracking Pos Laju Malaysia. Ya, pasti ada antara anda yang pernah menggunakan perkhidmatan Poslaju Malaysia sama ada menghantar barang, dokumen atau pun bungkusan. Untuk info pihak Pos Laju Malaysia ada menyediakan perkhidmatan tracking (menjejaki) atau mengesan penghantaran tadi.
Perkhidmatan ini membolehkan anda menyemak status sebarang penghantaran menggunakan Pos Laju iaitu bilakah ianya dihantar, dari mana ianya dihantar, proses-proses penghantaran yang dilaluinya dan kedudukan penghantaran yang terkini.
Cara semak tracking Pos Laju Malaysia
Terdapat 2 cara semakan yang disediakan oleh Pos Laju Malaysia. Semakan tracking Pos Laju Malaysia ini boleh dibuat secara online atau pun SMS.
Semakan tracking Pos Laju Malaysia secara online
Untuk semakan secara online, langkah-langkah semakan tracking nombor adalah seperti berikut. Sebagai contoh, katakan tracking nombor penghantaran barang anda ialah LD190221266MY. Mula-mula ke laman web rasmi Pos Laju Malaysia dan cari pautan Track & Trace, atau anda boleh terus klik sahaja disini;
Kemudian anda akan dibawa ke pautan seperti di dalam gambar dibawah ini.
Masukkan tracking nombor tadi ke dalam ruangan yang disediakan, kemudian klik butang TRACK. Untuk makluman anda, tracking nombor boleh dimasukkan sehingga 15 sekaligus. Inilah kelebihan menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia.
Selepas itu, status semakan penghantaran yang terkini akan dipaparkan bagi setiap tracking nombor yang anda masukkan tadi. Contohnya seperti dibawah ini dimana penghantaran barang yang dibuat ini telah pun selamat dihantar ke penerima dalam tempoh masa 2 hari sahaja.
Semakan tracking Pos Laju Malaysia melalui SMS
Selain secara online anda juga boleh membuat semakan secara perkhidmatan SMS. Bagi semakan tracking nombor melalui SMS pula, langkah-langkah yang perlu dibuat adalah seperti berikut;
- Taipkan;
PL<jarak>[Tracking Nombor]
Contoh : PL LD190221266MY
- Hantar SMS kepada 33333
Hanya untuk pengguna telco Maxis, Celcom dan Digi. Pengguna akan dicaj RM 0.50 untuk setiap SMS.
Semoga perkongsian cara semak tracking Pos Laju Malaysia ini dapat membantu anda diluar sana.
Kalau dia tulis “Item posted over the counter” mcm mana ye
Rasanya tu barang ada di kaunter, cuba hubungi pos laju kawasan anda
Parcel not deliver
Itu kena tanya pos laju..
Sye check dh…tpi knape dya kta “no records found” eah.??tak kan tak jmpe kot..
Pastikan no trackin yg betul.. tanya seller yg bg awkno trackin tu..
“Item dispatched out”kalau mcm ni ?? Mcm mne plk??in tulisan at track pe mksdnye ??
Itu maksudnya barang telah dihantar.. kalau ada masalah boleh hubungi terus poslaju..
sy tak lari dari benda ini kalau kerja menjual barang hu.benda juga nak wajib alert pada pelanggan nanti
Betul suri, dengan ini kepercayaan pelanggan terus kukuh dgn kita
Selalu gunakan online ja bila nak track parcel dengan poslaju, belum gunakan cara sms lagi…
sms ni sesuai untuk tempat yg tiada coverage internet..
oooo sms pon boleh ya..harap2 sempatlah baju raya saya di poslaju..
Sempat sampai punya..In shaa Allah..
wahh..
siap pakai sms lagi tu.
terbaiklah.
Mudah tracking no pos laju bg yg tiada data internet