Cara menjahit baju kurung Riau dan Pahang

Cara menjahit baju kurung Riau dan Pahang. Adakah anda ingin belajar menjahit baju kurung Riau dan Pahang? Jika YA, anda berada di laman yang tepat kerana disini ada perkongsian mengenai cara menjahit baju kurung Riau dan Pahang. Disediakan dalam bentuk ‘Ebook’ yang dinamakan Ebook Jahit Baju Kurung Riau dan Pahang yang ditulis oleh tukang jahit berpengalaman luas iaitu Puan Salmawati Shamsudin.

Cara menjahit baju kurung Riau Pahang

Di dalam ebook ini ada menunjukkan cara menjahit kedua-dua jenis baju kurung iaitu baju kurung Riau dan baju kurung Pahang. Ramai juga yang sering terkeliru dengan nama dua jenis baju kurung ini. Baju kurung Riau juga biasanya dikenali sebagai baju kurung Pesak Gantung.

Perbezaan utama pada kedua-dua baju ini adalah pada bahagian pesaknya. Cara jahitan leher yang ditunjukkan di dalam ebook ini adalah sama dengan cara menjahit leher baju kurung Tradisional. Cara menjahit kain lipat batik yang juga dikenali sebagai kain selisih depan juga ditunjukkan di dalam ebook ini.

[+] Link – EBOOK JAHIT BAJU KURUNG RIAU DAN PAHANG

Modul-modul Ebook Cara Jahit Baju Kurung Riau dan Pahang

Modul-modul yang terdapat ebook menjahit baju kurung Riau dan Pahang ini adalah seperti berikut :

Modul 1: Pengenalan

Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung Riau dan Pahang. Penerangannya disertakan dalam setiap modul yang berkaitan. Apabila anda sudah memahami asas baju kurung Riau dan Pahang, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai.

Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran

Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung Riau dan Pahang untuk menentukan ukuran termasuk ukuran pesak, kekek dan lain-lain lagi.

Modul 3: Teknik Melukis Pola

Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju kurung riau dan baju kurung pahang. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Disini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola yang betul dari mula hingga akhir.

Modul 4: Teknik Memotong Kain

Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Bagaimana memotong kain yang licin dan lembut untuk mendapatkan bahagian-bahagian potongan baju kurung yang sama dan selari? Teknik rahsia memotong kain jenis akan diberikan secara percuma di dalam ebook ini.

Modul 5: Teknik Menjahit Kain

Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju kurung riau dan pahang yang sudah dipotong? Bagaimana mencantum pesak dengan kekek baju kurung riau yang juga dikenali sebagi baju kurung pesak gantung? Bagaimana pula cara mencantum pesak dan kekek baju kurung pahang? Bagaimana mencantum lengan baju kurung riau dan pahang? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? Ketahuinya disini.

Modul 6: Pengenalan Kepada Kain Lipat Batik

Kain lipat batik juga dikenali sebagai kain selisih hadapan. Anda akan diperkenalkan dengan bentuk dan saiz kain lipat batik. Berapakah saiz lipatan yang sepatutnya? Bagaimanakah cara mengambil ukuran untuk menentukan ukuran pola kain lipat batik?

Modul 7: Teknik Melukis Pola Kain Lipat Batik

Bagaimanakah cara melukis pola kain selisih hadapan? Bolehkah bahagian hadapan dan belakang kain menggunakan pola yang sama? Ketahui semuanya di sini. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar. Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan kain lipat batik yang cantik dengan saiz yang tepat.

Modul 8: Teknik Menjahit Kain Lipat Batik

Untuk mendapatkan kain lipat batik yang cantik, terlebih dahulu anda perlu mengetahui teknik yang betul untuk menyusun dan menjahit bahagian lipatan kain yang berada dihadapan. Bagaimanakah cara untuk menyusun lipatan kain supaya selari dan teratur? Bahagian kain yang manakah perlu dijahit terlebih dahulu untuk memastikan kain lipat batik yang dijahit menghasilkan kain yang cantik dan kemas?

Modul 9: Teknik Menjahit Zip Dan Pinggang Kain

Pelajari cara menjahit zip pada kain lipat batik. Anda juga akan diajar dua cara menjahit pinggang kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.

Modul 10: Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir

Anda akan ditunjukkan cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan, bawah baju dan leher baju kurung. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai akan ditunjukkan di sini.

#TAHNIAH! Anda berjaya menyiapkan sepasang baju kurung Riau atau Pahang yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.

Demikianlah penerangan ringkas mengenai cara menjahit baju kurung Riau dan Pahang dapat dikongsikan untuk anda. Ebook yang menerangkan langkah demi langkah ini juga dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks penerangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Jangan tunggu lagi cepat dapatkannya menerusi link di bawah ini;

[+] Link – EBOOK JAHIT BAJU KURUNG RIAU DAN PAHANG

Sila like fanpage kami disini;

[+] Like Fanpage – Ebook Jahit Baju

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Saya.

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.