Harga minyak petrol dan diesel terkini Mac 2017. Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel terkini bagi bulan Mac 2017. Untuk info harga runcit minyak (bahan api) petrol dan diesel akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal dan penetapan harga akan dilakukan secara mingguan iaitu pada setiap hari Rabu berdasarkan Purata Harga Pasaran Mingguan sebelumnya bermula dari April 2017 ini.

Harga minyak petrol dan diesel terkini Februari 2017
[+] Panduan mudah menjaga kereta untuk jimat minyak

Untuk makluman juga bermula bulan Julai 2015, tiada lagi notis pemberitahuan awal mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebaliknya, KPDNKK hanya akan memaklumkan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel sama ada kekal, naik atau turun untuk bulan berikutnya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia sahaja secara mingguan iaitu pada setiap hari Rabu. Berikutan itu, orang ramai atau pengguna hanya akan mengetahui harga minyak petrol baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Harga minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel terkini

Berikut adalah harga minyak petrol dan diesel terkini bagi bulan Mac 2017. Harga ini akan dikemaskini pada setiap awal bulan setelah diumumkan oleh pihak KPDNKK.

RON95
RON97
Diesel
RM 2.30 / liter  RM 2.60 / liter RM 2.20 / liter

#Untuk kemudahan di masa akan datang, sila bookmark page ini bagi rujukan anda.

SHARE & ENJOY ---->

4 thoughts on “Harga minyak petrol dan diesel terkini Mac 2017

  1. Oh Kerjaya says:

    Sebenarnya dalam penetapan harga minyak ni kita kena banyak mengkaji. Baru2 ni ada member buat kajian mendalam dan dia kata minyak yang ditetapkan oleh kerajaan memang mengikut kadar semasa.

    So kita tak boleh sangka buruk sangat dengan kerajaan.

    p/s: saya tak menyebelahi mana2 pihak ya =)

    1. Hafiz says:

      Betul juga tu, cuma harap kena lebih teliti dalam penetapan harga minyak kerana melibatkan perbelanjaan kita

    2. Sobri Mansor says:

      Betul tu. Tapi rakyat Malaysia bukan macam rakyat kat Eropah. Kita pengeluar minyak terbesar dunia. Patut bagi harga lebih murah berbanding negara yang import minyak.

      bulan ni turun 10 sen. jangan bulan depan naik 20 sen

      1. Hafiz says:

        Nampaknya kali ni minyak turun lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.