Semakan UPU 2015 /16 secara online dan SMS. Kepada calon lepasan SPM, STPM, diploma dan matrikulasi bagi kemasukan September 2015 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) sebelum ini, sila rujuk maklumat terkini sebagaimana dinyatakan di bawah ini.

semakan upu 2015/16

Tarikh semakan UPU untuk lepasan SPM pada tahun ini telah bermula pada 6 Mei 2015 yang lepas manakala tarikh semakan keputusan UPU lepasan STPM boleh disemak mulai 11 Ogos 2015 selepas jam 12.00 tengahari.

Semakan UPU 2015/16 : Keputusan kemasukan pelajar September 2015

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Intitusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan politeknik bagi seisi 2015/16 boleh dilakukan melalui dua cara.

Semakan keputusan kemasukan secara online

Semakan keputusan kemasukan pelajar ke IPTA dan politeknik premier boleh dibuat mulai 11 Ogos 2015 melalui pautan sebagaimana di bawah ini.

  1. Portal UPU

#Senarai pautan akan dikemaskini nanti.

Semakan keputusan kemasukan melalui SMS

Selain semakan secara online, semakan keputusan permohonan bagi calon lepasan STPM/setaraf ke IPTA boleh dibuat melalui SMS bermula 11 Ogos 2015.

Cara semakan UPU melalui SMS adalah sebagaimana berikut:

1. Taipkan :

UPU<jarak>RESULT<jarak>[No IC]

Contoh :

UPU RESULT 910115015042

2. Hantarkan SMS ke : 15888

Pengesahan penerimaan dan cetak surat tawaran

Pemohon yang berjaya dalam permohonan hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran dan juga perlu mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA dan politeknik yang berkaitan. Cetakan boleh dibuat melalui pautan di bawah ini berdasarkan IPTA masing-masing.

#Hebahan dan semakan keputusan rayuan calon lepasan STPM dan juga yang setaraf dengan seisi akademik ialah setelah bermula minggu kedua bulan September 2015.

Untuk mendapatkan sebarang perkembangan dan maklumat terkini mengenai semakan UPU 2015, calon boleh layari facebook rasmi Kemasukan BPKP JPT – FB Rasmi UPU ataupun laman web rasmi UPU di http://upu.moe.gov.my/web.

Semoga info semakan upu 2015/16 secara online dan SMS ini dapat membantu anda calon-calon diluar sana.

Kredit : Rossaimi.com

SHARE & ENJOY ---->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.