Semak bacaan IPU jerebu terkini. Disini ada perkongsian mengenai cara untuk semak bacaan IPU jerebu yang terkini sebagai langkah pencegahan awal. Sedia maklum negara kita sedang menghadapi masalah jerebu yang sudah berlarutan hampir sebulan. Setakat ini kualiti Indeks Pencemaran Udara yang dialami dalam negara kita berada di tahap tidak sihat iaitu bacaan 150 – 200. Sila rujuk jadual Tahap Pencemaran dibawah ini.
Cara semak bacaan IPU jerebu terkini
Kini orang ramai boleh menyemak bacaan IPU jerebu dengan melayari portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia yang dinamakan APIMS seperti berikut;
[+] LINK – SEMAK BACAAN IPU JEREBU
Secara ringkasnya, portal ini merupakan satu sistem yang membantu menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan dengan mudah. Menerusi portal Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS), orang ramai boleh mengetahui status kualiti udara secara lebih pantas dan tepat untuk merancang aktiviti seharian terutama semasa keadaan jerebu. Ia juga dapat membantu semua orang ramai terutamanya kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan juga mereka yang sensitif kepada habuk sebagai satu langkah pencegahan yang sewajarnya.