Cara semak keputusan UPSR 2015. Adakah anak anda calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2015 ini? Jika YA, disini ada perkongsian mengenai cara semak keputusan UPSR 2015. Peperiksaan UPSR bagi tahun ini telah diadakan pada 8 September 2015 hingga 10 September 2015 yang lepas. Seramai 455,929 calon telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR di 8,134 pusat peperiksaan seluruh negara.
Kementerian Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh keputusan peperiksaan UPSR akan dikeluarkan pada 17 November 2015 ini. Oleh itu calon boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon juga boleh menyemak keputusan melalui perkhidmatan SMS sebagaimana berikut;
1. Taipkan:
UPSR<JARAK>ANGKA GILIRAN
Contoh: UPSR JD001A079
2. Hantarkan SMS ke : 15888
Semoga perkongsian cara semak keputusan UPSR ini dapat memberikan anda manfaat terutamanya ibu bapa calon peperiksaan UPSR kerana keputusan ini bakal menentukan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Zaman moden sekarang ni memang menjimatkan masa la kan, cepat ja boleh tahu keputusan
zaman IT kan.. mesti maju ke depan
boleh jadi panduan kepada ibu bapa dan murid
Sekarang dah moden, maklumat di hujung jari..
wah senang nya nak semak keputusan
Mana yang tak sempat boleh semak guna sms