Semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa. Disini ada perkongsian mengenai cara semak keputusan peperiksaan online (SAPS) untuk para ibubapa atau penjaga kepada murid sekolah. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak secara online adalah seperti peperiksaan tengah tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian, peperiksaan UPSR, peperiksaan PT3 dan juga peperiksaan SPM adalah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS.
Cara semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa
Berikutan adalah cara semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa atau penjaga. Sistem SAPS untuk ibubapa ini akan memaparkan slip keputusan peperiksaan serta markah pelajar. Ini pasti dapat membantu ibubapa atau penjaga memantau prestasi akedemik anak mereka. Untuk makluman SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Bagi semakan sekolah menengah pula hanya untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sahaja.
Untuk memastikan ibubapa atau penjaga dapat membuat semakan dengan betul, sila ikuti langkah-langkah ini;
- Klik pautan rasmi SAPS iaitu;
[+] Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa tanda (-)
- Pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah
- Klik butang Semak Laporan, dan Menu Utama akan dipaparkan.
- Pilih jenis peperiksaan yang ingin dipaparkan.
- Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.
Semoga perkongsian cara semak keputusan peperiksaan online (SAPS) ibubapa ini dapat membantu ibubapa atau penjaga membuat semakan keputusan anak mereka dengan lebih mudah seterusnya memantau prestasi akedemik anak mereka agar lebih berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang di masa hadapan.
benda ni menyenangkan ibu bapa.sebab boleh monitor terus perkembangan akademik anak-anak..satu inisiatif dari kerjaan yang patut dipuji.
Betul tu, dah boleh online je..
sekarang ni orang sibuk tanya keputusan temuduga separa perubatan.
Betul tu skrg musim temuduga sahaja..
kalau sudah buat terbaik moga akan dapat hendaknya.amin.
In sha Allah, kalau sudah berusaha, tawakal pasti berjaya..
semuanya di hujung jari 🙂
betul tu bro..