Berita baik buat warga Johor terutamanya yang tinggal di Bandaraya Johor Bahru. Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan perkhidmatan bas percuma yang dinamakan Bas Muafakat Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Bas Muafakat Johor akan mula beroperasi pada 1 April 2016. Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.
Laluan Bas Muafakat Johor
Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai. Pengguna boleh semak laluan tersebut disini.
- Klik Disini – Laluan Bas Muafakat Johor
Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI). Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor. Bas Muafakat Johor akan bermula diantara jam 6 pagi hingga 8 malam. Jumlah trip adalah bergantung kepada permintaan dan jarak perjalanan.
Kad Muafakat Johor
Kad Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan mereka untuk menaiki bas tersebut secara percuma. Caj minimum tahunan kad akan dikenakan. Kad ini tidak boleh dijual kepada orang lain. Penggunaan kad ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang yang akan berfungsi sebagai kad elektronik bagi urusniaga tanpa tunai.
Untuk pendaftaran kad, anda akan diminta mengisi butiran maklumat peribadi. Maklumat-maklumat tersebut akan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sebarang maklumat yang diisi atau dikumpul adalah tertakluk kepada dasar privasi PAJ. PAJ mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan kepada dasar privasi. Sila klik link dibawah ini untuk membuat pendaftaran secara online.
- Klik Disini – Daftar Kad Muafakat Johor
Bagi pendaftaran secara manual, anda boleh dapatkan Kad Muafakat Johor di kaunter-kaunter yang akan dibuka sepanjang ‘Roadshow’ dan juga di Pejabat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) mulai Mac 2016. Sila periksa laman website rasmi dari semasa ke semasa. Untuk cara penggunaan Kad Muafakat Johor, penumpang Bas Muafakat Johor dikehendaki untuk mempamerkan dan menyentuh Kad Muafakat Johor di tempat yang disediakan setiap kali mereka naik dan turun bas. Kegagalan mempamer dan menyentuh Kad Muafakat Johor akan menyebabkan penumpang tidak dapat menikmati perkhidmatan bas percuma ini.
Caj tahunan Kad Muafakat Johor
Kad Muafakat Johor boleh digunakan selama setahun bermula dari 1 April 2016. Caj tahunan akan dikenakan mengikut kategori. Berikut adalah kadar caj tahunan bagi pengguna Kad Muafakat Johor ;
Demikianlah sedikit perkongsian mengenai perkhidmatan Bas Muafakat Johor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau info terkini mengenai Bas Muafakat Johor, boleh berbuat demikian menerusi ;
- Layari website rasmi – www.basmuafakatjohor.com
- Menghantar emel ke basmuafakatjohor@paj.com.my
- Menghubungi talian bebas tol 1300 22 3700
Sumber : www.basmuafakatjohor.com
Diharap ada apps seperti SITS(Smart Selangor Bus) atau PJ City bus untuk tunggu berapa bas akan tiba
Bagus juga idea tu.. memang memudahkan pengguna nanti
Alhamdulillah… Beruntungnya orang negeri Johor dapat kemudahan percuma macam ni… semoga lepas ni ada negeri-negeri lain yang mengikut jejak langkah macam ni..
Semoga dapat diperluaskan ke seluruh daerah dalam johor..
Bagus, kemudahan untuk rakyat.
Masa yg tepat dan rakyat boleh berjimat