Berita baik buat mereka yang ingin memiliki rumah mampu milik Johor. Kini rakyat Johor berpeluang memiliki rumah berharga bawah RM 100,000 seunit dengan deposit RM 1 skim pembiayaan rumah mampu milik Johor. Skim ini adalah hasil kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim dengan Bank Rakyat Malaysia dengan tujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah di negeri Johor untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Deposit RM 1 skim pembiayaan rumah mampu milik Johor

Menurut Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd. Razak, skim pembiayaan ini adalah yang pertama dibuat di Malaysia dan mungkin akan dilancarkan di negeri yang lain. Skim ini juga menawarkan pinjaman 100 % kepada mereka yang layak meminjam. Inisiatif ini adalah kerjasama antara Bank Rakyat Malaysia dan Yayasan Sultan Ibrahim bertujuan memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

“Pembeli hanya perlu mendaftar dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini. Pengumuman ini dibuat pada majlis perlancaran bangunan Menara Bank Rakyat yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor tempoh hari. Maklumat lanjut mengenai projek tersebut akan diumumkan Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Rumah mampu milik Johor ini akan diberi keutamaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan pembeli rumah pertama ataupun pejawat awam mahupun swasta di negeri Johor. Skim pembiayaan ini boleh dipohon di Bank Rakyat selepas mendapat sijil perumahan dan proses kelayakan terakhir skim pembiayaan ini pula akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri Johor. Rumah mampu milik yang dibina ini akan dijual dengan nilai kurang dari RM 100,000. Peruntukan sebanyak RM 500 juta sumbangan DYMM Sultan Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim akan digunakan bagi membina sebanyak 6,000 buah unit rumah mampu milik Johor.

Semoga dengan andanya deposit RM 1 skim pembiayaan rumah mampu milik Johor seperti ini dapat merealisasikan lagi impian rakyat Johor yang layak untuk memiliki rumah mampu milik mereka yang pertama. Bagi mereka yang ingin mendaftar untuk memiliki rumah mampu milik Johor atau ingin maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini bolehlah berbuat demikian disini.

[+] Klik Disini – Daftar Online Rumah Mampu Milik Johor

SHARE & ENJOY ---->

7 thoughts on “Deposit RM 1 skim pembiayaan rumah mampu milik Johor

  1. mohd khairuddin says:

    Andai ad blh whsp sy..0127056044

  2. mohd khairuddin says:

    Area skudai ad x yg nk jual bwh rm80k

    1. Hafiz says:

      Tak pasti. Maaf saya bukan ejen rumah

  3. ina says:

    macam mana nak bagi deposit tu ?

    1. Hafiz says:

      Tentang deposit tu kena berurusan terus dgn bank rakyat

  4. anuar says:

    Murahnya… deposit cuma RM1.00 sajaja utk membeli rumah bawah RM1k… sayangnya saya bukan org Johor..

    1. Hafiz says:

      Salah satu inisiatif kerajaan negeri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.