Cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer. Disini ada perkongsian mengenai cara mengeluarkan duit bayaran Google Adsense melalui Wire Transfer.
Secara umumnya pemegang akaun Adsense biasanya mengeluarkan duit bayaran Adsense menerusi Western Union. Walaupun menggunakan perkhidmatan Western Union ini memang mudah tetapi tetap memerlukan kita mengisi borang dan menggunakan khidmat di kaunter Western Union.
Kini dengan Wire Transfer, bayaran dari Adsense boleh dipindah terus ke akaun bank tempatan Malaysia. Dipendekkan cerita, memang amat mudahlah menggunakan Wire Transfer ini.
Cara setting Wire Transfer dalam akaun Adsense
Sebenarnya mudah sahaja untuk menggunakan Wire Transfer ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah;
- Pertama sekali, “login” dahulu akaun Adsense anda.
- Kemudian pergi ke “Setting”.
- Kemudian klik pada “Payment”.
- Selepas itu pilih atau klik “Manage Payment Methods” untuk memilih tetapan bayaran baru.
- Setelah itu klik pada “Add new wire transfer details” jika anda ingin memilih cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer. Anda boleh rujuk gambar dibawah ini. Ini adalah bahagian yang perlu anda isi maklumat dengan tepat dan betul.
Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut;
- Account holder name : Masukkan nama penuh anda
- Bank name : Masukkan nama bank anda
- SWIFT-BIC : Masukkan kod bank menurut panggilan antarabangsa. Sila semak kod bank menurut panggilan antarabangsa anda disini – [+] Semak kod bank antarabangsa
- Account number : Masukkan nombor akaun bank anda
- Re-type account number : Masukkan sekali lagi nombor akaun bank anda.
DAN yang terakhir sekali setelah selesai mengisi maklumat berkenaan, klik butang “Save” dan tunggu emel pengesahan dari pihak Google. Siap!
Selepas ini anda boleh tunggu bayaran Adsense yang akan masuk terus ke dalam akaun bank anda secara automatik bila cukup nilai minima untuk pengeluaran.
Tempoh bayaran yang dibuat adalah antara 1 – 3 hari bekerja bergantung kepada bank anda. Setakat ini caj dikenakan oleh pihak bank di atas perkhidmatan yang diberikan ini adalah USD5 (CIMB Bank). Caj mungkin berbeza mengikut terma dan syarat bank pilihan anda.
Semoga perkongsian cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer ini dapat membantu anda menerima bayaran dari pihak Google dengan lebih mudah dan menjimatkan masa anda.
1 1
Cik nak isi account number bank 12 digit ke 16 digit? saya nak tahu sebab saya terisi form wire transfer 16 digit tu… Boleh tak bantu sikit? Saya confused..
Ikut akaun bank masing2 ada yg 12 digit, ada yg 10 digit.. kena ikut betul2 sama, kalau ada sengkang xyah masukkan
Saya guna maybank yang saya isi form tu account number 16 digit kat wire transfer
Maybank bukan skrg 12 digit ke no acc dia.. xpe.. cuba awk delete akaun bank tu lepas register semula
Nak isi number account credit card ke atau bank? Saya isi dah betul cuma account number saya confused
Sebab saya ikut credit card maybank yang pada credit card number tu ada 16 digit
Isi no acc bank ya.. bukan no kad kredit
Saya isi 16 digit tu ikut credit card boleh ke isi kat wire transfer form tu?
Kena isi no acc bank. Bukan no kad kredit. Sebab bayaran akan terus masuk dalam acc bank.
cik sorry spam saya punye telefon wifi slow…
kalau nama bank kena tulis Malayan Banking Berhad ke atau Maybank?
sebab tulis kat form tu Malayan Banking Berhad
Tulis malayan banking berhad
Terima kasih cik saya dah puas hati.. 🙂
Ok sama2, harap dapat membantu awk
kenapa swift code untuk maybank tu ada banyak ya?nak pilih yang mana satu?
Cuba klik link swift code yg saya bagi tu.. ada 1 je code utk maybank
Wow mantap gan
Kalau incomenya lagi mantap…
terbaik. senang je rupanya
Mudah jer. charge bank pun tak mahal sekitar 5 usd je..