Daftar Tahun 1 secara online ambilan 2018/2019

Daftar Tahun 1 secara online ambilan 2018/2019. Disini ada perkongsian mengenai cara mendaftar kemasukan anak Tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan 2018/2019 bagi seluruh negeri Semenanjung Malaysia yang kini boleh dibuat secara online. Permohonan dan pendaftaran murid ke Tahun 1 bagi ambilan 2018 dan 2019 boleh dibuat menerusi aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia atau SPATKPM.

Daftar Tahun 1 secara online

Daftar Tahun 1 secara online bagi ambilan 2018/2019

Daftar Tahun 1 secara online ini diperkenalkan untuk memudahkan ibubapa atau penjaga membuat pendaftaran dan permohonan kemasukan Tahun 1 tanpa perlu mengisi borang secara manual. Ibubapa atau penjaga perlu mendaftar untuk kali pertama (Daftar Pengguna Baru) untuk mendapat akses penuh akaun dalam aplikasi SPATKPM sebelum membuat permohonan untuk anak dibawah jagaan mereka ke Tahun 1.

Bagi ambilan Tahun 1 sesi 2018 dan 2019, pendaftaran permohonan boleh dibuat untuk anak dibawah jagaan mereka sebagaimana berikut;

  • Bagi kemasukan tahun 2018 – Untuk kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2011 hingga 1.1.2012
  • Bagi kemasukan tahun 2019 – Untuk kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013

# Tarikh pendaftaran permohonan ini dibuka bermula dari 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017. Tarikh ini adalah ini tetap dan ibubapa atau penjaga hendaklah membuat permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sebagai permulaan untuk daftar Tahun 1 secara online ambilan 2018/2019 ini, ibubapa atau penjaga boleh layari laman rasmi Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana berikut;

Pertanyaan mengenai Daftar Tahun 1 secara online

Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai pendaftaran permohonan ini bolehlah menghubungi;

Pertanyaan mengenai SPATKPM E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan ke Sekolah Kawalan [Muat turun] Maklumat pihak untuk dihubungi bagi Sekolah Kawalan.
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1
(Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja)
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 Sila rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri
atau [Muat turun] Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri.

Selepas berjaya membuat pendaftaran Tahun 1 secara online, ibubapa atau penjaga bolehlah mencetak permohonan tersebut dan membawanya ke sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu pada 1 Mac 2017 hingg 30 April 2017. Ini adalah untuk tindakan perakuan permohonan dan pendaftaran dokumen tadi oleh pihak sekolah yang dipohon. Sila bawa sekali dokumen berkaitan sebagaimana yang diperlukan oleh pihak pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.

Semoga perkongsian mengenai daftar Tahun 1 secara online ambilan 2018/2019 ini dapat memberikan manfaat dan membantu ibubapa atau penjaga diluar sana dalam proses mendaftar permohonan Tahun 1 anak dibawah jagaan mereka.

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Saya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.