Semak keputusan peperiksaan UPSR, SPM, SPM(U) dan STAM. Berita baik untuk para pelajar atau ibubapa pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR, SPM, SPM(U) dan STAM. Kini anda boleh semak keputusan peperiksaan UPSR, SPM, SPM(U) dan STAM secara online menerusi sistem semakan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sistem semakan ini amat sesuai bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mengambil keputusan peperiksaan pada hari pengumuman keputusan peperiksaan yang telah ditetapkan.

Semak keputusan peperiksaan UPSR, SPM, SPM(U) dan STAM

 

Untuk info, sistem semakan ini hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja dan diaktifkan pada tarikh rasmi dan masa keputusan peperiksaan sebenar dikeluarkan. Manakala untuk mendapatkan keputusan penuh pula, mereka boleh memperolehinya di sekolah masing-masing atau di JPN berdekatan.

Sistem semakan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia ini agak sama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) untuk ibubapa. Akan tetapi sistem berkenaan hanya diperingkat sekolah sahaja seperti keputusan peperiksaan percubaan UPSR, PT3 dan SPM sahaja. Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan sebenar, para pelajar atau ibubapa perlulah menggunakan sistem yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia ini.

Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan, bolehlah klik link dibawah ini;

[+] Semak keputusan peperiksaan UPSR, SPM, SPM(U) dan STAM

#Update terkini – Semakan keputusan UPSR boleh dibuat pada 23.11.2017 jam 10.00 pagi.

P/s – Sila bookmark artikel ini untuk kemudahan anda.

SHARE & ENJOY ---->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.