Kelebihan blog yang menggunakan HTTPS. Ya, sekarang blog Hairulafiz.net telah pun menggunakan protokol pelayar internet HTTPS. Apakah perbezaan antara HTTP dan HTTPS? Apa pula kelebihan jika blog anda menggunakan HTTPS berbanding dengan HTTP? Disini ada sedikit perkongsian info mengenai kelebihan blog yang menggunakan HTTPS berbanding dengan HTTP.
Kelebihan blog yang menggunakan HTTPS

Apakah itu HTTP dan HTTPS?

HTTP adalah Hyper Text Transfer Protocol iaitu merujuk kepada protokol yang membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat dan data internet. Saluran HTTP menggunakan sambungan http:// sebagaimana url blog Hairulafiz.net iaitu http://www.hairulafiz.net. Manakala HTTPS pula adalah Hyper Text Transfer Protocol Secure iaitu satu protokol pelayar web yang digunakan secara meluas yang membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat dan data internet secara selamat. URL HTTPS menggunakan sambungan https:// yang lebih selamat dimana link HTTPS diperketatkan lagi tahap keselamatannya bagi memastikan pertukaran data website kekal sulit dan selamat sebagaimana url blog Hairulafiz.net yang baru iaitu https://www.hairulafiz.net.

HTTPS menggunakan Secure Socket Layer (SSL) atau Transport Layer Security (TLS) sebagai sublayer di bawah lapisan aplikasi HTTP normal yang menyebabkan semua komunikasi di antara browser Chrome, Firefox dan sebagainya dengan website disulitkan, encrypted untuk keselamatan.

TLS adalah satu peraturan atau protokol pada jaringan komputer yang dapat menjaga kerahsiaan data yang dikirim oleh pengguna ke server ataupun sebaliknya supaya pihak ketiga tidak dapat mencuri data yang dikirim ke server atau ke pengguna. SSL pula adalah sebuah teknologi enkripsi untuk keselamatan HTTP yang menjaga pengiriman data antara server dengan pengguna. Penggunaan SSL biasanya dapat dilihat pada link browser yang digunakan seperti https://domainanda.com. Protokol SSL biasanya digunakan oleh laman web penting yang melibatkan urusniaga kewangan seperti perbankan internet seperti laman web Maybank dan CIMB Bank..

Kelebihan blog yang menggunakan HTTPS

Kelebihan blog yang menggunakan protokol Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) kepada pengguna khasnya para blogger adalah;

  • Keselamatan dan kesulitan maklumat data pengguna. Maklumat peribadi pengguna seperti nombor akaun bank, nombor telefon, nombor kad kredit, alamat rumah, alamat email dan sebagainya akan dihantar secara selamat di antara pengguna dan laman web.
  • Laman web yang sah. Laman web yang menggunakan protokol HTTPS adalah sah dan bukan scammer kerana sesetengah pendaftaran pengesahan SSL memerlukan butiran syarikat perniagaan.
  • Pelayar yang selamat. Laman web yang menggunakan HTTPS boleh dilayari dengan selamat kerana lebih dipercayai.
  • Google SEO. Google telah mengeluarkan kenyataan dimana laman web yang menggunakan protokol HTTPS adalah lebih selamat dan diutamakan pada halaman hasil pencariannya.

Penggunaan HTTPS kini semakin meluas kerana pengiriman data yang lebih selamat dan terjamin. Kini laman web yang melibatkan pengkalan data keselamatan pengguna seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya juga menggunakan HTTPS ini. Oleh yang demikian, jika anda ingin melakukan sebarang urusniaga secara online atau mendaftar dalam mana-mana laman web, adalah lebih baik memilih laman web yang menggunakan HTTPS ini berbanding dengan hanya HTTP. Inilah kelebihan blog yang menggunakan HTTPS.

SHARE & ENJOY ---->

6 thoughts on “Kelebihan blog yang menggunakan HTTPS

  1. zik says:

    duit tak berapa nak cukup ,ada yang percuma, malas pulak nak setting dia tuh macam mana

    1. Hafiz says:

      Saya pun yg ni provider hosting yg uruskan.. tu yg convert ke https..

  2. Ibu Mifzal says:

    wah menarik ni terutamanya dari segi keselamatan data kan. mungkin akan guna jgk di masa hadapan..insya Allah..

    1. Hafiz says:

      Memang best terasa blog seiring dgn website2 ternama

  3. Anuar says:

    untuk memastikan domain kelihatan lebih secure, kena tukar kepada HTTPS jugaklah nampaknya…

    1. Hafiz says:

      Tulah bg website kita nampak secure

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.