10 tips untuk memilih durian yang baik

10 tips untuk memilih durian yang baik. Sekarang ini dimana-mana sahaja musim buah durian. Ada buah durian kampung dan ada juga buah durian kacukan. Saya dan famili lebih suka buah durian kampung. Rasanya lebih original agaknya. Ikutlah minat masing-masing untuk makan buah durian yang mana satu. Kedua-duanya pasti ada peminatnya tersendiri. Oleh yang demikian disini ada perkongsian mengenai 10 tips untuk memilih durian yang baik.

10 tips untuk memilih durian yang baik

10 tips untuk memilih durian yang baik

Disini ada 10 tips untuk memilih durian yang baik. Antaranya ialah;

1. Bentuk bulat
Durian yang berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding yang berbentuk lonjong.

2. Berat durian
Semakin ringan buah durian, makin banyaklah isi durian. Kalau ada dua buah durian yang sama saiz, ambillah yang paling ringan.

3. Tangkai
Tangkai buah durian yang pendek dan tebal menandakan isinya yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tiada tangkai, jangan beli.

4. Bunyi
Buah durian diketuk dengan objek keras seperti pisau dan pilihlah yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri
Pilihlah buah durian yang berduri pendek dan jarang untuk isinya yang padat.

6. Bau
Hidu buah durian dan carilah yang berbau manis dan wangi.

7. Ruas
Durian mempunyai lima ruas paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak ruasnya, makin kecil isinya.

8. Kulit
Pilihlah buah durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam di kulit itu tandanya isi dalamnya buruk.

9. Warna
Setelah buat pilihan, mintalah penjual durian belah buah durian untuk rasa dan tengok isinya. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tidak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim
Belilah buah durian ketika musim panas atau kering. Jangan beli semasa hujan atau lembap. Takut nanti terbeli buah durian yang ‘dipulas ribut’.

Semoga anda bolehlah gunakan 10 tips untuk memilih durian yang baik ini ketika membeli nanti. Tips-tips ini saya dapat berdasarkan rujukan dari orang lama, penggemar buah durian dan juga mereka yang mempunyai dusun durian. Sedikit sebanyak bolehlah dipakai nanti. Apa yang paling penting anda puas hati bila dapat makan buah durian yang baik. Boleh kasi penuh bonet kereta dengan durian nanti.

SHARE & ENJOY ---->

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial produk dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Saya.

6 Comments

  1. Tahun ni paling bersyukur sebab semua durian murah. Dapat lah jugak merasa Musang King yang selama ni macam mustahil je nak beli. huhu

  2. saya memang hantu durian, time durian murah ni memang makan je kerjanya, tapi dah demam ni stoplah kejap haha

    • Saya pula time tgh murah baru lah beli.. kalau mahal beli jugalah kalau dah nak makan sangat.. sebab anak2 semuanya hantu durian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.