Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam. GL atau Guarantee Letter atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai surat jaminan adalah surat yang dikeluarkan oleh majikan kepada penjawat awam sebagai pengesahan diri bagi mendapatkan perkhidmatan di hospital atau klinik kerajaan.

Sebelum ini GL dikeluarkan secara manual dengan membuat permohonan melalui kerani pentadbiran dan disahkan oleh pegawai yang bertugas. Kemudian barulah diserahkan kepada penjawat awam yang membuat permohonan. Kini dengan adanya aplikasi myHRMIS eGL di Google Play Store, GL sudah boleh dibuat dengan cepat dan mudah.

Bagaimana membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

Bagi penjawat awam, mereka mestilah mempunyai myHRMIS eGL. Tapi bagaimana untuk mendapatkannya? Jangan bimbang, disini akan ditunjukkan cara membuat my HRMIS eGL bagi penjawat awam yang sangat mudah anda ikuti.

  • Anda perlulah download aplikasi myHRMIS eGL di Google Play Store di dalam telefon pintar bagi pengguna Android. Boleh klik link dibawah ini untuk download;

[+] Google Play Store – myHRMIS eGL

  • Setelah selesai download, buka aplikasi myHRMIS eGL. Daftar dan masukkan kata laluan bagi pengguna kali pertama. Bagi yang telah mendaftar, login nombor Kad Pengenalan dan kata laluan anda seperti gambar dibawah ini.

Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

  • Setelah anda login, myHRMIS eGL akan memaparkan maklumat mengenai diri anda seperti Nama, Jawatan, Nombor Gaji, Kelayakan Wad dan Alamat majikan anda. Contoh seperti gambar dibawah ini.

Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

  • Kemudian klik butang yang bertanda 3 garisan dipenjuru atas kiri dalam aplikasi myHRMIS eGL. Akan dipaparkan maklumat seperti butang Home my HRMIS eGL, Jana eGL, Kelayakan Wad, Ahli Keluarga dan Direktori Hospital/Klinik. Rujuk gambar dibawah.

Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

  • Bagi membuat eGL, klik butang Jana eGL. Bagi mendapatkan eGL untuk diri sendiri, tidak perlu klik apa-apa di ruangan maklumat tanggungan. Jika untuk ahli keluarga, kliklah diruangan dimana nama yang anda perlukan. Lihat gambar dibawah ini.

Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

  • Klik butang Cari bagi mendapatkan nama hospital yang anda kehendaki. Rujuk gambar dibawah ini.

Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

Sebagai contoh, aplikasi myHRMIS eGL akan memaparkan senarai hospital atau klinik kesihatan yang berada di dalam negeri Johor. Lihat contoh gambar dibawah ini.

Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

  • Setelah selesai memilih hospital atau klinik kesihatan yang dikehendaki, klik butang Jana eGL dan siaplah surat myHRMIS eGL anda secara automatik. Surat eGL anda hanya boleh dibuka menerusi perisian PDF Reader di dalam telefon pintar anda. Setelah dibuka, bolehlah anda cetak surat eGL tersebut dan serahkan kepada pihak hospital yang dikehendaki.

Cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam

Demikianlah perkongsian cara membuat myHRMIS eGL bagi penjawat awam untuk anda diluar sana. Mudah bukan! Sekarang anda boleh dapatkan surat GL dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Jika artikel ini bermanfaat, sudi-sudikanlah tekan butang ‘SHARE’ dibawah ini.

P/s – Jika ada sebarang masalah, bolehlah terus berhubung dengan admin HRMIS di pejabat anda.

Share it!
  •  
  •  
  •  
  • 1
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review produk dan peluang kerjasama, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Aku

8 Comments

  1. Assalamualaikum Tuan,kalau nama tanggungan tak boleh tukar nk buat macamana?Kt situ dah klik tapi masa print kuat nama sendiri bukan nama tanggungan.tq Tuan

    • Walaikumusalam.. untuk masalah nama boleh berhubung terus admin hrmis majikan tuan.. sebab mereka sahaja yang boleh membuat pembetulan dan sebagainya.. harap maklum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.