Semak permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Umum mengetahui bahawa 30 Mei 2018 yang lepas, Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan satu skim bantuan yang baru menggantikan skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Skim itu adalah Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Pemberian pertama telah dilakukan pada 6 Jun 2018. Manakala pemberian seterusnya adalah pada 15 Ogos 2018 yang lepas, diawalkan bagi meringankan beban rakyat menjelang perayaan Aidiladha.

Semak permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat

Cara semak permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)

Semua penerima yang layak menerima BR1M tahun ini secara automatik layak juga menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat. Lebih 4 juta orang penerima telah menikmati pemberian BSHR yang pertama pada 6 Jun 2018 yang lalu. Namun bagi pemegang Kad Debit Diskaun Siswa sesi 2017/2018 TIDAK LAYAK memohon bantuan ini.

Sama seperti BR1M, BHSR terbahagi kepada 3 kategori penerima iaitu:

  • Kategori 1 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah – Menerima BSHR RM1,000
  • Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 – Menerima BSHR RM750
  • Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 – Menerima BSHR RM500

Sementara itu, YB Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan satu kategori baru bagi BSHR bermula tahun 2019 iaitu bantuan RM120 seorang kepada anak kategori B40. Bantuan ini terhad kepada 4 orang anak sahaja dalam isi rumah. Pengumuman ini telah dibuat semasa Pembentangan Bajet Malaysia 2019 baru-baru ini.

Semua pemohonan akan ditapis ketat mengikut kategori masing-masing. Pihak LHDN akan membuat semakan maklumat yang diisi oleh pemohon dengan jabatan-jabatan berkaitan seperti JPN, Insolvesi, Bank Negara dan sebagainya bagi mendapatkan pengesahan maklumat yang sebenar. Sekiranya didapati ada sebarang penipuan, permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyatnya akan digagalkan serta-merta.

Untuk membuat semakan permohonan BSHR anda, bolehlah ke laman web rasmi iaitu;

[+] Klik Disini – BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT

Penafian – Blog ini hanya berkongsi cara membuat semakan permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) kepada anda. Tiada kaitan dengan LHDN atau Kementerian Kewangan Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh terus ke laman rasmi LHDN atau MyBSHR. Harap maklum.

SHARE & ENJOY ---->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.