Harga minyak petrol dan diesel bulan Februari 2019

Harga minyak petrol dan diesel bulan Februari 2019. Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel terkini bagi setiap minggu pada bulan Februari 2019. Untuk info, harga runcit minyak (bahan api) petrol dan diesel akan ditetapkan semula mengikut kaedah sistem pengapungan terkawal mingguan dan penetapan harga akan dilakukan secara minggu iaitu pada setiap hari Jumaat berdasarkan trend harga minyak pasaran dunia.

Sekiranya harga minyak pasaran dunia meningkat, maka harga minyak petrol RON95 dan diesel akan dikawal dan dikekalkan pada harga RM2.20 dan RM2.18 masing-masing. Harga ini akan kekal sehingga pemberian subsidi RON95 bersasar dapat dilaksanakan.

[+] Panduan mudah menjaga kereta untuk jimat minyak

Bermulanya dari bulan Januari 2019, Kerajaan Malaysia yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melaksanakan penetapan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel sama ada kekal, naik atau turun untuk setiap bulan kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia secara mingguan iaitu pada setiap hari Jumaat dan
berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi awal hari berikutnya iaitu pada hari Sabtu pada setiap minggu.

Perlaksanaan penetapan baru ini membolehkan harga runcit minyak petrol dan diesel menjadi lebih stabil berbanding harga bulanan yang diamalkan sebelum ini. Sekurang-kurangnya ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat.

Harga minyak petrol dan diesel bulan Februari 2019

Berikut adalah jadual harga minyak petrol dan diesel bulan Februari 2019 yang diumumkan oleh pihak KPDNKK. Harga ini akan dikemaskini pada setiap hari Jumaat setelah diumumkan oleh pihak KPDNKK. Sebarang makluman lanjut atau info terkini bolehlah layari laman rasmi KPDNKK menerusi link dibawah ini;

[+] Laman Rasmi – http://www.kpdnkk.gov.my/

Minggu Pertama

RON95RON97Diesel
RM 1.93 / literRM 2.23 / literRM 2.18 / liter

Minggu Kedua

RON95RON97Diesel
RM 1.97 / literRM 2.27 / literRM 2.18 / liter

Minggu Ketiga

RON95RON97Diesel
RM 1.98 / literRM 2.28 / literRM 2.18 / liter

Minggu Keempat

RON95RON97Diesel
RM 2.08 / literRM 2.38 / literRM 2.18 / liter

Minggu Kelima

RON95RON97Diesel
RM  / literRM  / literRM  / liter

#Untuk kemudahan di masa akan datang, sila bookmark entri ini bagi rujukan anda.

*Jika anda inginkan penjimatan minyak dan penambahan pickup kereta anda seperti kereta baru, sila dapatkan segera Nitro OBD2 : Alat penjimat minyak yang hebat.

Nitro OBD2 : Alat penjimat minyak yang hebat

[+] Whatsapp – http://www.wasap.my/60127368398 (Ejen Skudai dan Gelang Patah)

SHARE & ENJOY ---->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.