Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian atau ‘e-bidding’ bermula 15 April ini.

JPJ laksanakan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata sistem itu membolehkan pemilik kenderaan membida nombor plat pilihan tanpa perlu ke pejabat JPJ dan bertepatan dengan tema Hari Ulang Tahun Penubuhan JPJ ke 73 – ‘Digitalisasi Ke Arah Integriti’.

Ia juga bukan tertakluk kepada kawasan sekitar negeri berkenaan contohnya di Putrajaya sahaja… ia akan bergerak, dibida oleh rakyat Malaysia di mana-mana menggunakan dalam talian..

‘e-bidding’ akan bermula dengan siri nombor plat FC… bermakna, nombor itu akan ditender secara dalam talian..

Beliau berkata demikian selepas muncul dalam program Nine 11 terbitan Bernama News Channel (saluran Astro 502) di sini tempoh hari.

Tahun lalu, keputusan tender bagi siri nombor plat FB menunjukkan harga paling mahal ialah RM660,000 bagi siri FB 1, yang mirip kepada singkatan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI).

Pada 2016, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor plat F1 dengan nilai RM836,660 selain berjaya membida plat W1N pada 2014 dan WWW1 pada 2012 masing-masing bernilai RM748,000 dan RM520,000.

JPJ memperoleh RM280 juta melalui bidaan pendaftaran nombor plat kenderaan pada tahun 2017 manakala RM137 juta diperoleh menerusi belian biasa.

Shaharuddin berkata ‘e-bidding’ memudahkan pengguna mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan tanpa perlu menghantar borang seperti sebelum ini.

JPJ akan memperkenalkan satu lagi projek iaitu sistem pemanduan kenderaan secara elektronik yang menguji kenderaan di dalam bilik kawalan menggunakan pemanduan secara digital.

Untuk info, Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan JPJ ke-73 akan diadakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya pada 15 April ini.

Nampaknya semakin mudahlah orang ramai yang ingin berurusan dengan JPJ ini. Terutamanya dalam membuat pendaftaran nombor kenderaan. Tidak perlu lagi mengambil cuti atau bersesak-sesak di kaunter JPJ semata-mata ingin mendapatkan atau membuat bidaan nombor pendaftaran kenderaan idaman.

Atau anda tidak perlu lagi mengupah ‘runner’ yang kebanyakkannya mengenakan upah dan caj yang tinggi. Walaupun bukan semua ‘runner’ bersikap demikian tetapi sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa dan juga wang ringgit.

UPDATED! – Untuk membida nombor pendaftaran kenderaan, anda bolehlah klik link dibawah ini;

[+] Klik Disini – JPJeBid

Sumber – BERNAMA

Inginkan aircond kereta anda sejuk beku tanpa mengeluarkan duit yang banyak!! Gunakanlah #mrcoilskudaijb pasti aircond kereta anda lebih sejuk dan wangi!

Klik link wasap dibawah ini untuk ‘fast respon’;

[+] http://mrcoilskudaijb.wasap.my

📌Ejen Skudai

📌Cod Taman Mutiara Rini

📌Pos buyer topup

Mr Coil Treatment pencuci aircond kereta
SHARE & ENJOY ---->

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

Name *
Email *
Website

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.