Cara membuat krim sapuan untuk demam Chicken Pox

Cara membuat krim sapuan untuk demam Chicken Pox. Disini aku ingin berkongsi mengenai cara membuat krim sapuan untuk demam Chicken Pox. Ini kerana, anak aku yang berusia 5 bulan telah terkena jangkitan ini dalam masa artikel ini ditulis. Memang kebiasaan di dalam seumur hidup manusia, pasti akan terkena demam Chicken Pox ini.

Cara membuat krim sapuan untuk demam Chicken Pox

Sedikit info yang sempat aku ‘google’ di internet ialah demam Chicken Pox disebabkan oleh virus Varicella iaitu virus sama yang menyebabkan kayap. Ianya berbeza dengan demam campak yang berpunca dari virus Measles. Kedua-duanya mudah dijangkiti melalui udara daripada pesakit melalui cecair iaitu batuk, dan bersin.

Chicken Pox juga mudah berjangkit daripada cecair lepuh yang telah pecah melalui sentuhan atau pernafasan manakala demam campak tidak berjangkit melalui kulit kerana bintik demam campak tidak berair. Kedua-dua penyakit ini menunjukkan tanda-tanda awal dengan demam.

Simptom-simptom demam Chicken Pox adalah biasanya;

  • Demam beberapa hari
  • Ruam pada seluruh badan
  • Berasa lemah badan
  • Kurang selera badan
  • Sakit kepala

Cara-cara membuat krim sapuan

Sebenarnya amat mudah untuk membuat krim sapuan ini. Bahan-bahan untuk membuat krim sapuan boleh didapati disekeliling kita. Antara bahan-bahan untuk membuat krim sapuan adalah;

  • Daun Semambu atau daun Mapley
Cara membuat krim sapuan untuk demam Chicken Pox
  • Bedak sejuk
  • Krim sapuan ‘pink’ Dermoplex (dibeli dari farmasi)

Langkah-langkah untuk membuat krim sapuan demam Chicken Pox;

  • Kisar halus-halus daun Semambu sehalus yang boleh dengan menggunakan pengisar
Cara membuat krim sapuan untuk demam Chicken Pox
  • Cairkan bedak sejuk dengan sedikit air. Campurkan sedikit krim sapuan Dermoplex dan gaul sehingga sebati
  • Kemudian campurkan pula daun Semambu yang telah dikisar tadi ke dalam campuran bedak sejuk dan krim Dermoplex dan gaul lagi
  • Apabila krim sapuan untuk demam Chicken Pox sudah siap, bolehlah disapukan rata ke seluruh badan dan biarkan kering sebelum dipakaikan baju
Cara membuat krim sapuan untuk demam Chicken Pox

Kelebihan krim sapuan untuk demam Chicken Pox

Kelebihan krim sapuan untuk demam Chicken Pox adalah mengurangkan rasa gatal-gatal badan terutamanya kepada anak-anak kecil seperti anak aku. Orang dewasa pun boleh menggunakan krim sapuan ini. Jadi dapatlah mereka tidur dengan nyenyak tanpa rasa nak menggaru badan.

Demikianlah sedikit perkongsian aku mengenai cara membuat krim sapuan untuk demam Chicken Pox anda cuba. Insha Allah berkesan sebab kesemua ahli keluarga aku telah menggunakan krim sapuan ini sejak dahulu lagi. Lagipun kos membuat krim sapuan ini amatlah murah. Selamat mencuba!

Share it!
  •  
  •  
  •  
  • 1
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review produk dan peluang kerjasama, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.