Peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41

Adakah anda calon peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41 untuk masa yang terdekat ini? Jika YA, tahniah diucapkan. Tetapi, sudahkah anda sudah membuat persiapan rapi? Jangan risau lagi, disini ada perkongsian mengenai nota rujukan sebagai persediaan anda menghadapi peperiksaan online itu nanti.

Peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41

Tarikh peperiksaan online yang TERKINI!

Pihak SPA telah menetapkan tarikh bagi peperiksaan online yang terkini adalah pada;

  • Tarikh : 28 Julai 2020
  • Masa   : 10.00 am hingga 11.00 am
  • Semakan Nama Calon : [+] KLIK DISINI

P/s – Sebarang perubahan tarikh dan masa peperiksaan tertakluk kepada pihak SPA.

Syarat Lantikan Dan Gaji Pegawai Penguatkuasa KP41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,081.00RM9,547.00RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:           

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan              
  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41 : RM2,081.00) atau              

  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41 : RM2,081.00) atau             

  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41 : RM2,285.00) atau            

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41 : RM2,387.21) atau     

  • Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian Hortikultur, Pemakanan atau Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41 : RM2,390.37) atau              

  • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41 : RM2,693.84) dan       

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:  

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.               

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN         

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan  
  • Mempunyai kelayakan atau lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41

Berikut adalah deskripsi tugas Pegawai Penguatkuasa KP41 mengikut peranan di jabatan yang tertentu;

  • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Nota rujukan peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41

Berbalik kepada fokus utama iaitu perkongsian nota rujukan peperiksaan online ini. Disini anda boleh mendapatkan Nota Rujukan Peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41 dengan mendaftarkan nama dan emel anda yang sah untuk melanggan. Sekiranya jualan nota rujukan peperiksaan ini telah dibuka, maka andalah orang pertama yang akan memilikinya. Anda akan diberikan link pembelian menerusi emel yang anda daftarkan.

[+] Daftar Disini – Langgan Pegawai Penguatkuasa KP41

Untuk info, nota rujukan ini akan memberikan anda contoh soalan dan skema jawapan peperiksaan berdasarkan soalan-soalan tahun-tahun sebelumnya serta daripada pengalaman calon-calon yang mengambil peperiksaan ini. Turut disertakan ialah nota rujukan lengkap bagi membantu calon membuat persediaan awal sebelum peperiksaan.

Semoga segala perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan online nanti. Akhir kata, jadikan diri anda selangkah ke hadapan daripada calon-calon yang lain. Jangan lupa daftar ya!

[+] Daftar Disini – Langgan Pegawai Penguatkuasa KP41

P/s – Sila bookmark entri ini untuk dapatkan update yang terkini.

Penafian : Panduan dan rujukan pantas yang diterbitkan oleh pihak kami TIADA kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ia hanya sebahagian daripada perkongsian maklumat untuk membantu calon membuat persediaan sebelum dan ketika menghadapi temuduga. Soalan yang disertakan dalam rujukan khas hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan soalan temuduga/peperiksaan sahaja.

Share it!
  •  
  •  
  •  
  • 1
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hafiz

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review produk dan peluang kerjasama, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.